View: 2690|Reply: 0
|
Barca tidak pernah 'beli' pengadil - Laporta
[Copy link]
|
|
LAPORTA menegaskan Barca sentiasa beraksi dengan semangat kesukanan. FOTO AP
Barcelona: Presiden Barcelona, Joan Laporta menegaskan kelabnya tidak pernah 'membeli pengadil' di tengah-tengah siasatan terhadap pembayaran yang dibuat kepada bekas ketua pengadil selama beberapa tahun.
Kelab Catalan membayar €6.5 juta (RM30.8 juta) yang dilaporkan antara 2001 dan 2018 kepada sebuah syarikat milik Jose Maria Enriquez Negreira, iaitu bekas naib presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadil (CTA) di Sepanyol.
Mereka berbuat demikian untuk mendapat nasihat daripada syarikat berkenaan berkaitan isu pengadilan.
Pendakwa raya Sepanyol sedang menyiasat pembayaran itu dan akhbar Sepanyol El Pais berkata mereka berhasrat untuk melaporkan bahawa Barcelona mengamalkan 'rasuah sukan yang berterusan'.
"Biar perkara ini jelas bahawa Barca tidak pernah membeli pengadil dan Barca tidak pernah berniat untuk membeli pengadil, sama sekali tidak pernah," kata Laporta.
"Kekuatan fakta bercanggah dengan mereka yang cuba mengubah cerita."
Laporta sebelum ini mengkritik presiden La Liga Javier Tebas kerana 'mendorong kempen' menentangnya.
"Ada kempen untuk merosakkan kepentingan Barca," sambung Laporta.
"Ia adalah kempen yang bertujuan untuk mengawal kelab. La Liga tidak menerima bahawa Barça tidak menandatangani kontrak dengan CVC (perjanjian hak media kolektif)."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... li-pengadil-laporta |
|
|
|
|
|
|
| |
|