CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8173|Reply: 0

[Sarawak] Perkhemahan atas bumbung inisiatif bermanfaat untuk golongan belia

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:11 PM | Show all posts |Read mode


Dolhadi (duduk, dua kiri) merakamkan kenangan bersama Shenton (duduk, kanan) dan para perwakilan pasukan beruniform dan peniaga akan yang menyertai Kuching Youth Urban Glamping Festival pada sidang media hari ini.

KUCHING: Kelab Belia Proaktif dan Borneo Glamping akan menganjurkan perkhemahan sempena Kuching Youth Urban Glamping Festival pada 11 dan 12 Mac ini di kawasan parkir atas bumbung Aeon Mall Kuching di sini.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MySED) Dolhadi Mazuki berkata, ia merupakan inisiatif baharu bagi golongan belia mengisi masa lapang mereka.

"Objektif perkhemahan ini adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan rekreasi perkhemahan untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau agama.

"Di luar negara, ia biasanya dibuat di kawasan alam semula jadi sebagai penghargaan kepada alam sekitar, tetapi di sini kita adakan di atas bumbung pusat beli-belah untuk menampakkan kelainan," ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat berkata, pelbagai program dan aktiviti yang telah disusun atur bagi menjayakan festival berkenaan.

Menurutnya, dianggarkan 49 khemah yakni 20 ruangan untuk untuk pasangan dijual pada harga RM100, sementara 29 ruangan lagi disediakan untuk mereka yang berkeluarga pada harga RM150.

Penganjur katanya, juga akan menyediakan lebih daripada 10 ruangan untuk peniaga menjual pelbagai produk dan perkhidmatan pada festival yang dijangka menarik sehingga 3,000 pengunjung selama dua hari.

Turut diadakan pameran barang-barang berkaitan perkhemahan dan kelengkapan, persembahan papan luncur oleh Black Skateboard Academy, pengalaman kraf buat sendiri (DIY), 'busking' dan banyak lagi.

Sesi dialog 'Coffee Chat' bersama Ripin dengan usahawan belia dan para pengunjung akan turut diadakan, tambahnya.

Dolhadi berkata, kemasukan adalah percuma kepada pengunjung yang mahu melihat secara dekat aktiviti dan program yang diadakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pengerusi Penganjur Kuching Youth Urban Glamping Festival Shenton Tan menerusi talian 012-8989963.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056057 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list