CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8095|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki maut selepas dihempap 'bucket' lori

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:10 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba berusaha mengeluarkan pemandu lori tersepit di bawah 'bucket' lori di Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 1 pagi tadi.

SIBU: Seorang lelaki maut selepas dihempap 'bucket' atau tempat muatan belakang lori dalam insiden di Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 1 di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, pemandu lori dikenali sebagai Young Leh Kui, 57, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.05 pagi.

"Setibanya di tempat kejadian pada jam 10.14 pagi, pasukan bomba mendapati mangsa sedang tersepit di bawah 'bucket' lori berkenaan," katanya satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi kemudian dijalankan dengan kaedah 'saver' untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.16 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian," ujarnya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.084242 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list