CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8088|Reply: 0

[Sarawak] Raja Puan Muda Perak berkenan lawat Muzium Budaya Borneo

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:07 PM | Show all posts |Read mode


Tunku Soraya (tiga kanan) berkenan menerima cenderamata tanda kenang-kenangan daripada Nancy (kiri) semasa lawatan ke BCM hari ini. – Gambar Penerangan
KUCHING: Raja Puan Muda Perak Tan Sri Tunku Soraya Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah berkenan melawat Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini, hari ini.

Menurut kenyataan media Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Raja Puan Muda Perak tiba di BCM sekitar jam 10 pagi dan keberangkatan Tunku Soraya disambut oleh Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Nancy Jolhi serta Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud.



Tunku Soraya memerhatikan artifak yang dipamerkan semasa kunjungan ke BCM hari ini. – Gambar Penerangan
Jelas kenyataan itu juga, Tunku Soraya menghabiskan masa selama satu jam lebih bagi menghayati pameran di muzium tersebut.

Tunku Soraya juga mendapatkan beberapa sagu hati untuk dibawa balik ke negeri Perak, ujarnya.

Menurutnya lagi, Tunku Soraya turut berkenan menyempurnakan Majlis Pembukaan Perhimpunan Persatuan Kebangsaan di Hotel Waterfront Kuching malam ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.079621 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list