CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7785|Reply: 0

[Sabah] Isu kesesakan penjara Sabah masih terkawal

[Copy link]
Post time 7-3-2023 10:51 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Ibrisam (dua kanan) bersama Noorliza (dua kiri) menunjukkan dokumen nota kerjasama yang ditandatangani pada majlis itu. Turut kelihatan Nora (kanan) dan Junainah (kiri).

KOTA KINABALU: Kadar kesesakan tahanan di penjara negeri ini masih dalam keadaan terkawal untuk menampung jumlah keseluruhan penghuni penjara sedia ada.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata, buat masa ini isu kesesakan banduan masih boleh diurus dengan berkesan.

Menurutnya, penglibatan banduan dengan program khidmat komuniti antara pendekatan bermanfaat yang membantu dalam mengurangkan kadar kesesakan banduan dalam penjara.

Katanya, pelaksanaan program khidmat komuniti libatkan pesalah menunjukkan keberkesanan pemulihan yang lebih baik berbanding menjalani hukuman di penjara.
"Di penjara lebih kepada teori dan khidmat komuniti ini lebih praktikal dengan melibatkan bantuan pelbagai pihak.

"Ia bukan sahaja membabitkan pegawai penjara tetapi agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat serta pihak yang mempunyai kepakaran dan berkebolehan.

"Ini untuk memastikan para pesalah yang terlibat menamatkan perbuatan tidak baik dan insaf dengan kesalahan mereka serta kembali menjadi warganegara yang bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Khidmat Komuniti Antara Jabatan Penjara Negeri Sabah dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini hari ini.

Ibrisam berkata, selain program khidmat komuniti, pihaknya turut berharap mahkamah menggunakan hukuman alternatif untuk menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan kecil dalam mengurangkan isu kesesakan dalam penjara.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penjara Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Timbalan Komisioner Penjara Nora Musa berkata, kadar kesesakan banduan di penjara seluruh Sabah kurang daripada 10 peratus memandangkan masih ada penjara yang kurang sesak.

Menurutnya, bagi penjara di Kota Kinabalu, jumlah kesesakan buat masa ini kurang daripada 30 peratus membabitkan jumlah tahanan lebih 2,000 orang.
Sehubungan itu jelasnya, pelaksanaan program khidmat komuniti banyak menyokong dalam mengawal kadar kesesakan di penjara.

Selain itu katanya, banduan yang cukup syarat juga dikeluarkan dari penjara lebih awal untuk mengurangkan kesesakan jumlah penghuni di penjara.

Sejak dilaksanakan pada 2012, seramai 974 pesalah terlibat dalam menjalani program khidmat komuniti di Sabah.

Turut hadir, Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip dan Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.071116 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list