CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7733|Reply: 0

[Sabah] Keupayaan mesin pengimbas Kastam akan ditingkatkan, kekang kegiatan penyeludupan

[Copy link]
Post time 7-3-2023 10:49 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Ahmad Maslan selepas meninjau keberkesanan mesin pengimbas di LTAKK di sini hari ini.

KOTA KINABALU: Kerajaan akan memastikan keupayaan mesin pengimbas di semua laluan pintu masuk di negara ini dapat dipertingkatkan dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan yang sering berlaku.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengenal pasti semua kaedah untuk memastikan sistem pengimbas di laluan pintu masuk di seluruh negara ini termasuk di pelabuhan dapat dioptimumkan dari masa ke semasa.

"Oleh itu, kita berharap agar usaha untuk meningkatkan kecekapan mesin pengimbas ini dapat dipertingkat dari semasa ke semasa di seluruh pelabuhan dan juga lapangan terbang bagi mengatasi masalah penyeludupan.

"Selain itu, maklumat daripada orang awam juga amat penting dalam mengekang sebarang aktiviti penyeludupan," katanya ketika ditemui selepas meninjau keberkesanan mesin pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini hari ini.

Hadir sama Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman.

Beliau berkata kes-kes penyeludupan di negara ini berlaku sebelum ini disebabkan sistem pengimbas yang kurang berkesan.

"Kos untuk mewujudkan mesin pengimbas di pelabuhan adalah kira-kira RM20 juta dan mesin pengimbas bagasi di lapangan terbang hanya RM500,000.
"Oleh itu, kita mahu pastikan semua laluan masuk di negara ini mempunyai mesin pengimbas yang lengkap," katanya.

Ahmad Maslan berkata melalui keberkesanan  mesin pengimbas terbabit, JKDM Sabah berjaya menahan satu kontena berisi daging khinzir yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Tawau dengan nilai rampasan RM365,700 termasuk duti dan cukai.

Katanya kejayaan itu berdasarkan hasil penilian risiko imbasan mesin berkenaan sebelum pasukan serbuan daripada Bahagian Penguatkuasan Tawau dan Cawangan Import Eksport Pelabuhan Tawau menahan kontena dari Hong Kong yang diikrarkan sebagai kentang goreng itu.

"Hasil pemeriksaan mesin pengimbas menunjukkan imej yang meragukan, oleh itu pemeriksaan fizikal segera dilaksanakan sebelum mengesan daging khinzir dalam kontena berkenaan.

"Modus operandi bagi kes ini adalah membuat pengikraran palsu dengan meletak barang yang tidak mempunyai duti dan cukai di bahagian hadapan namun disebalik barang yang tidak bercukai itu, terdapat barang lain yang tertakluk kepada permit import, duti import dan cukai," katanya.

Tambahnya kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.302495 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list