CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7712|Reply: 0

[Sabah] Patuh peraturan supaya tidak hilang kelayakan calon: Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 7-3-2023 10:48 PM | Show all posts |Read mode


PEMIMPIN: Ahmad Zahid (tiga kiri) bersama Bung (dua kiri) dan Yakub (kiri) semasa hadir pada majlis Sesi Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Exco Wanita UMNO dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

KOTA KINABALU: Semua calon yang bertanding untuk pemilihan UMNO pada 11 dan 18 Mac ini diingatkan supaya patuh pada peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO agar tidak dikenakan tindakan yang boleh menyebabkan calon hilang kelayakan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, para ejen dan pengurus kempen pemilihan UMNO diminta supaya mengingatkan semua calon untuk patuh dan memahami peraturan yang ditetapkan parti.

Timbalan Perdana Menteri ini berkata, pihaknya mendapat tahu daripada Lembaga Disiplin dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO terdapat laporan berhubung isu berkenaan.

"Jangan sampai ada yang hilang kelayakan. Saya paling khuatir kerana walaupun menang, tetapi Jawatankuasa Pemilihan ada hak untuk membatalkan kemenangan calon berkenaan.

"Saya yakin, calon yang datang pada malam ini mematuhi peraturan dan memahami apa yang telah ditetapkan dalam peraturan pemilihan parti," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada majlis Sesi Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Exco Wanita UMNO dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di sini malam ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar calon yang dipilih nanti adalah dalam kalangan mereka yang terbaik dan dapat membantu mengukuhkan parti dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri.

Menurutnya, tokoh-tokoh yang dipilih hendaklah mereka yang dapat bersama kepimpinan untuk memperkasa UMNO dan mempertahankan kerajaan yang ada.
"Kita tidak mahu ada dalam kalangan calon yang bergerak untuk menggugat kerajaan dan membawa 'en-bloc' bagi menyokong parti lain.

"Saya fikir calon begitu tidak sama dengan pemikiran 'mainstream' UMNO. Carilah pemimpin yang terdiri daripada mereka yang benar-benar komited untuk memperkasakan UMNO di semua peringkat terutama peringkat nasional," jelasnya.

Pada pemilihan UMNO kali ini, seramai lapan calon dari Sabah bertanding untuk calon Ahli MKT UMNO termasuk Ketua UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sabah Datuk Yakub Khan.

Turut bertanding, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Mohamad Alamin, Datuk Hasnol Ayub, Julie Sabran, Sharif Musa Sharif Mabul, dan Ghazalie Ansing.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.405616 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list