CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7391|Reply: 82

Hilang Tanpa Kesan Selama Lapan Tahun, Anak Lelaki Akhinya Datang Tengok Ibu Tenat Di Hospital

[Copy link]
Post time 7-3-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Hubungan seorang anak dan ibunya yang terputus selama lapan tahun akhirnya kembali bertaut selepas pencarian lelaki itu tular di media sosial sejak kelmarin.


Lelaki tersebut, Izam Jamaludin, 31, dikatakan telah bertemu dengan ibunya yang terlantar sakit akibat kanser di sebuah hospital.


Seorang guru, Mohd. Fadli Salleh berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp seorang individu yang memaklumkan Izam berada di hospital dan keadaan lelaki itu sihat.


Foto: Kosmo




“Izam baru sampai (hospital). Mak dia seronok, sihat gemuk bulat dia (Izam),” kata individu itu.


Menurut Mohd. Fadli, kuasa tular dalam media sosial berjaya menyatukan semula hubungan dua beranak yang sudah lama terpisah iaitu kira-kira lapan tahun.


“Terima kasih atas usaha semua yang bantu kongsi. Syukur, sempat dia jumpa ibunya. The power of media sosial (kuasa media sosial) ini lain macam perginya,” katanya.


Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu yang sedang tenat di hospital sedang mencari anak lelakinya yang dipercayai sudah lapan tahun hilang tanpa dikesan. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 01:27 PM | Show all posts
kenapa dia menghilang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu lelaki malaysia ni hilang sebab gay dek.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-3-2023 01:27 PM
kenapa dia menghilang?

Menurut bacaan meols kt fb 2 hari lepas..bdk ni masa pegi prektikal dan dia x balik tros. Tapi family dia tahu dia msih hidup sbb ada surat pembayaran ptptn sampai umah dan ada yg dpt detect dia keje kat Nilai.
Dalam thread ni baru tahu dia dah pulang..igtkan ada la berita nape dia bawak diri lama sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 01:40 PM | Show all posts
makita replied at 7-3-2023 01:36 PM
Menurut bacaan meols kt fb 2 hari lepas..bdk ni masa pegi prektikal dan dia x balik tros. Tapi fam ...

oh.. kira dia habis belajar ke tak?

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
fam toxic ke nokksssss?
lama nyaaa ko hilanggggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2023 01:48 PM | Show all posts
Merajuk dengan mak dia ke??
Kesian... padahal doa mak tu takde hijab..
dan kasih mak tu walaupun anak tak balik 8 tahun, takkan putus doakan kesejahteraan anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe nyampah nak balik semua menyakitkan hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 01:51 PM | Show all posts
ada konflik dalaman la tu..tapi mak dia tak putus2 doakan kesejahteraan dia..kasih ibu membawa ke syurga
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin ada masalah keluarga...kita doakan yang baik2 untuk mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:01 PM | Show all posts
baca di fb semasa dia praktikal mak dia ada datang ke nilai nak jumpa dia
tapi dia mengelakkan diri
mungkin famili toksik siapa tahu kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Trauma pon iyea juga... Adela tu internal issue dlm family depa.. Mungkin juga internal issue dalam diri izam tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mak tu toksid x de nya dia cari kau....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Khabi khushi khabi gham sgt… lama merajuk bwa hati
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sihat gemok bulat cikgu tu ngate ko izam gi diet
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Adalah tu masalah kluarga...ramai yg gini sebenarnya. Sama ada kuat hati nak hilangkan diri atau tak je. Sy seminggu dua tak call mak dah fikir yg bukan2. Takut tak dengar khabar..takut mak sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Punca sebenar hilangkan diri xde y tahu ye?, Curious
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kdg2 dri sndri bmslh tp xnk cnfront fam pun punce menghilang
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu yerlah susah nak contact...Zaman skrg nie tak contact mak sendiri smp 8 tahun, melampau lah....takkan tak bole langsung message mak ckp ko baik2 jer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:36 PM | Show all posts
Kesian kat mak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.800713 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list