|
MBAPPE menikmati pencapaian istimewa menjadi penjaring terbanyak PSG dengan meledak satu gol ketika menang 4-1 ke atas Nantes di Parc des Princess awal pagi semalam. – AFP
PARIS – Satu gol yang dihasilkan ketika melengkapkan kemenangan 4-2 ke atas Nantes, awal pagi semalam melonjakkan nama Kylian Mbappe sebagai penjaring terbanyak Paris Saint-Germain (PSG).
Jaringan itu melengkapkan gol ke 2-1 Mbappe, lebih satu gol berbanding rekod lama milik Edinson Cavani, namun catatan dilakukan penyerang muda itu dilakukan hanya dalam 247 perlawanan.
Turun sebagai kapten, bekas bintang AS Monaco berusia 24 tahun itu kekal dengan sentuhan tajam dan Mbappe turut akui begitu mengidam untuk melakar rekod.
“Saya bermain untuk mencipta sejarah dan seperti saya sering katakan, saya mahu buat sejarah di Perancis. Inilah yang saya sedang lakukan sekarang dan walaupun ia sesuatu yang hebat, masih banyak yang saya perlu lakukan selepas ini.
“Jika kamu katakan saya mampu jaringkan gol ketika memakai lilitan kapten untuk memecahkan rekod, sudah pasti saya tidak pernah percayakannya.Ini bukan pencapaian hebat buat saya seorang tetapi ia adalah kejayaan secara kolektif.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, jurulatih, pengurusan dan juga penyokong yang sentiasa beri dorongan kepada saya,” katanya.
Terdahulu, Lionel Messi membuka jaringan buat PSG sebelum Jaouen Hadjam tertampan bola ke gawang sendiri untuk beri gol kedua buat tuan rumah.
Kemudiannya Ludovic Blas dan Ignatius Ganago untuk kembali menyamakan kedudukan, namun Danilo Pereira sekali lagi beri kelebihan buat PSG sebelum Mbappe melengkapkan jaringan keempat.
Kemenangan ini juga makin mengukuhkan kedudukan PSG di puncak Ligue 1 dan kini mengumpul 63 mata selepas mengharungi 26 perlawanan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... ring-terbanyak-psg/ |
|