CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Sarawak] Lebih ramai individu diharap ikrar sebagai penderma organ

[Copy link]
Post time 5-3-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (kanan) melihat penderma darah yang tampil menderma darah pada program di CSSC Kuching hari ini.
KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berharap lebih ramai individu akan tampil berikrar sebagai penderma organ.

Menurut Fatimah, penderma organ sangat diperlukan bagi membantu pesakit yang memerlukan seperti pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis secara berterusan.

"Jika ada penderma yang serasi, pesakit boleh menjalani pemindahan buah pinggang dan tidak lagi perlu menjalani rawatan dialisis, ini yang kita harapkan," ujarnya ketika berucap pada Kempen Derma Darah di Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) di sini, hari ini.

Jelas Fatimah lagi, pada 6 September 2022, Ikrar Penderma Organ digital telah dilancarkan di MySejahtera.

Sejajar dengan usaha digitalisasi tersebut katanya, dapat dilihat lonjakan statistik pendaftaran pengikrar penderma organ di Malaysia.

"Walaupun secara keseluruhan Sarawak hanya mencatatkan 0.5 peratus populasi keseluruhan yang telah berikrar untuk menderma organ, namun bilangan pengikrar baharu yang mendaftar menunjukkan peningkatan pada tahun 2022 iaitu seramai 2,285 orang berbanding 269 orang pada tahun 2021," katanya.

Justeru beliau berharap menerusi aktiviti pendaftaran sebagai pengikrar organ yang turut diadakan pada kempen derma darah hari ini akan meningkatkan lagi bilangan pengikrar penderma organ di Sarawak.

"Pengikrar tidak perlu risau dengan tanggapan tidak akan diberi rawatan terbaik apabila sakit kerana telah berdaftar sebagai pengikrar.

"Semua pesakit akan diberikan rawatan paling terbaik demi menyelamatkan nyawa," ujarnya.

Mengenai kempen tersebut, Fatimah mengucapkan tahniah kepada penganjur iaitu Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) kerana berjaya menjalankan program dua dalam satu itu.

Program derma darah katanya, perlu diadakan secara konsisten bagi memastikan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan pesakit.

Beliau juga berterima kasih kepada Pusat Perubatan Timberland yang mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma sempena kempen tersebut.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Colliner Gohe, Presiden PPIS Manjeet Kaur Sidhu, Ketua Jabatan Transfusi Hospital Umum Sarawak Dr Mohd Masrin Md Zahrin serta Pengurus Jualan Sokongan Pusat Perubatan Timberland Tony Ngu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.062733 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list