CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Sarawak] Isu di negara pembekal jejas kemasukan pekerja asing ke Sarawak: Fadillah

[Copy link]
Post time 5-3-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah disambut para belia yang menyertai Program Juh Bekpes Bersama FY di Kuching, hari ini. - Gambar Penerangan
KUCHING: Sarawak masih menghadapi beberapa masalah untuk membawa masuk pekerja asing khasnya dari Indonesia berikutan syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, meskipun Malaysia mempunyai dasar yang memudahkan kemasukan pekerja asing, tetapi apa yang berlaku adalah negara-negara yang membekalkan pekerja masih ada isu yang perlu diselesaikan.

"Di Sarawak masih kurang pekerja disebabkan masalah kemasukan pekerja dari luar. Dasar di Malaysia sudah ada, tetapi dari negara yang membekalkan pekerja masih ada isu berkaitan yang perlu kita selesaikan.

"Saya dimaklumkan di Sarawak masih ada isu mengenai pekerja dari Indonesia kerana masih ada syarat yang perlu dipenuhi dan sebab itu, Indonesia tidak membenarkan pekerja mereka masuk ke Sarawak," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Juh Bekpes Bersama FY (Fadillah Yusof) Bersama Belia di kawasan Parlimen Petra Jaya di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, untuk menyelesaikan masalah itu, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri bagaimana untuk membantu memudahkan kemasukan pekerja asing.

Namun ujar beliau, secara keseluruhannya keadaan kemasukan pekerja asing semakin pulih dengan hampir 80 peratus kapasiti industri dipenuhi di seluruh negara.

Tambahnya, ia berikutan dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk memudahkan kemasukan pekerja asing serta menentukan semula mereka yang sudah berada di negara ini.

"Kemasukan pekerja asing semakin bertambah disebabkan dasar yang kita laksanakan iaitu memudahkan kemasukan selain menentukan semula pekerja asing yang ada di negara ini, iaitu yang tinggal lebih masa untuk memohon terus tinggal bekerja di negara kita. Asalkan ada majikan yang mahu mengambil mereka," jelasnya.

Mengenai perkembangan lain, Fadillah berkata Malaysia akan memuktamadkan perbincangan dengan Thailand untuk menjadi ahli dalam Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) selepas negara itu selesai mengadakan pilihan raya umum.

Beliau berkata, setakat ini, Malaysia dan Indonesia bersetuju menjadi anggota CPOPC yang bertujuan menyuarakan tentangan terhadap halangan perdagangan yang bersifat diskriminasi ke atas negara-negara pengeluar minyak sawit dan getah ke peringkat ASEAN.

"Perbincangan telah berjalan dengan baik, kita berharap dapat membawa agenda ini ke peringkat ASEAN. Jika ASEAN menerima, maka kita akan mempunyai kekuatan yang lebih baik untuk menghadapi tekanan daripada negara lain.

"Kami belum menetapkan tarikh untuk pergi ke Thailand untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut kerana Thailand akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.

"Kami akan tunggu sehingga selesai kerana sekiranya berlaku pertukaran (kerajaan), kami bimbang apa sahaja yang kita bincangkan tidak akan dimuktamadkan," katanya.

Sementara itu, berhubung selepas 100 hari menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi, Fadillah berkata apa yang menjadi keutamaan kini adalah perancangan jangka sederhana dan panjang kementerian.

"Dalam Kementerian Perladangan dan Komoditi sudah pasti peranan kita adalah untuk memastikan komoditi kita produktif dan juga berkualiti serta mematuhi standard antarabangsa.

"Walaupun kementerian ini adalah kementerian kecil tetapi sumbangan kepada ekonomi negara agak besar," katanya sambil memberitahu kementerian menyumbang hampir 5.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060283 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list