CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sarawak] Fokus laksana projek, bukan terus merungut peruntukan kecil: Fadillah

[Copy link]
Post time 5-3-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah bersalaman dengan belia yang hadir pada program tersebut. Turut kelihatan isteri beliau, Ruziah (belakang, kanan). - Gambar Penerangan

KUCHING: Semua negeri termasuk Sarawak perlu memfokus atau memastikan projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan menerusi peruntukan yang diagihkan kerajaan persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, adalah lebih baik semua negeri kini menumpukan kepada projek pembangunan menerusi peruntukan daripada belanjawan persekutuan berbanding mendengar retorik mengenai agihan mengikut negeri.

Beliau memaklumkan, selain peruntukan khusus kepada Sabah dan Sarawak, terdapat juga peruntukan lain iaitu operasi seperti membayar gaji guru, polis, askar dan sebagainya.

"Kalau kita mengatakan bahawa peruntukan yang kecil memang semua tidak berpuas hati, semua negeri tidak berpuas hati kerana setiap negeri peruntukan yang diagihkan tidak cukup termasuk kita di Sabah dan Sarawak.

"Namun apa yang penting bagi saya, apabila ada peruntukan kita seharusnya fokus bagaimana kita memastikan projek atau program yang diperuntukkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Untuk bajet kali ini, Sabah menerima bajet khusus RM6.5 bilion sementara Sarawak RM5.6 bilion... orang sering menjadi retorik kenapa Sabah lebih daripada Sarawak, tapi kena ingat ada peruntukan lain, selain peruntukan khusus ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Juh Bekpes Bersama FY (Fadillah Yusof) Bersama Belia di kawasan Parlimen Petra Jaya yang dihadiri isterinya, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir di sini, hari ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, antara lain peruntukan di bawah 112D Perlembagaan Persekutuan yang dituntut Sarawak, di mana telah dipersetujui secara interim kini Sarawak menerima RM300 juta setahun berbanding hanya RM25 juta sebelum ini.

Manakala katanya, Sabah pula menerima lebih RM200 juta di bawah peruntukan yang sama, dan ini menyebabkan ramai tidak berpuas hati.

"Maka sentiasa akan berlaku retorik mengenai agihan (peruntukan). Pada saya, apa yang penting menumpukan projek pembangunan menerusi peruntukan berkenaan," katanya.

Selain itu, terdapat juga satu lagi peruntukan RM20 bilion dalam bajet untuk Sabah dan Sarawak untuk terus melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo serta Jalan Link Sarawak-Sabah.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, pengagihan peruntukan perlu dibuat berdasarkan keupayaan dan kapasiti kerajaan untuk berbuat demikian, serta dengan menekankan keperluan dan keutamaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058866 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list