CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Sarawak] Pembuat kuih cemas tangan kanan tersepit dalam mesin pengisar

[Copy link]
Post time 5-3-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba sedang membuka mesin pengisar untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.
SIBU: Seorang pembuat kuih wanita mengalami detik cemas selepas tangan kanannya tersepit di dalam mesin pengisar di sebuah kedai roti di Pusat Komersial Sibujaya di sini, petang Jumaat.

Ketika kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 20-an dikatakan sedang melakukan kerja-kerja mengisar sebelum secara tiba-tiba tangan kanannya tertarik ke dalam mesin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 4.40 petang.
"Sebaik tiba di lokasi kira-kira 4.45 petang, didapati tangan mangsa masih tersepit di dalam mesin kuih (pengisar).

"Pihak bomba terus membuka mesin kuih dari mesin utama dengan bantuan daripada pasukan BBP Sungai Merah dan pihak ambulans Hospital Sibu sehingga tangan mangsa berjaya dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian distabilkan sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.
Seramai enam anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut, katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057508 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list