View: 875|Reply: 3
|
Lelaki Rompak Duit RM100, Sanggup Sorok Dalam Gua Selama 14 Tahun Elak Ditangkap Polis
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki bersembunyi di dalam gua selama 14 tahun selepas merompak sebuah stesen minyak pada 2009 dan melarikan wang sebanyak AS$22.50 (RM100.70).
Oddity Central melaporkan, Liu Moufu, dari sebuah kampung di Enshi, wilayah Hubei di China, berusia pertengahan 30-an ketika dia terlibat dalam rompakan stesen minyak bersama abang iparnya dan seorang lagi rakan.
Wang tersebut kemudian dibelanjakan antara mereka untuk beberapa makanan dan bunga api.
 Foto: Oddity Central
Ketiga-tiga mereka berpisah, tetapi tidak lama kemudian polis menahan rakan-rakan Liu. Dia kemudian melarikan diri dan bersembunyi di dalam gua.
Tidak dijelaskan sama ada keluarga Liu mengetahui tempat persembunyiannya, tetapi jika mereka tahu, mereka tidak pernah memberitahu polis atau melawatnya semasa pihak berkuasa mengawasi mereka.
Ini bermakna Liu menghabiskan sebahagian masanya dengan bersendirian, dan hanya ditemani beberapa anjing liar yang dibawanya untuk menangkis haiwan liar pada waktu malam.
Walaupun semakin sukar untuk hidup dalam kesunyian dan tekanan, Liu tinggal di dalam gua selama 14 tahun.
Dia bukan sahaja terlepas pengebumian bapanya, malah majlis perkahwinan anak lelakinya.
Bulan lalu, Liu akhirnya membuat keputusan untuk menyerah diri kepada polis, selepas 14 tahun berada dalam persembunyian.
"Saya berusia lebih 50 tahun, isteri saya tidak sihat, dan saya mempunyai cucu yang sangat cantik.
“Saya mahu hidup normal!" kata Liu.
Tempat persembunyian Liu terletak jauh di kawasan pergunungan, kira-kira 10 kilometer dari penempatan manusia yang terdekat.
Katanya, setiap kali dia mendengar bunyi yang mencurigakan, dia meninggalkan guanya dan bersembunyi lebih dalam di hutan.
Bagaimanapun, Liu tidak terlepas daripada hukumannya. Dengan kesalahannya menggunakan senjata semasa rompakan, dia berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Walaupun jumlah wang yang dirompak adalah sedikit, namun rompakan masih dianggap sebagai kesalahan jenayah yang sangat serius.
Sebagai peringatan, perbuatan meropak bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut dilarang dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - CARI
Sumber: mStar/odditycentral |
|
|
|
|
|
|
|
kafir kot, tu yang malu sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
baik duk penjara....ni buat sia2 je |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh 
sembunyi 14taun..kena penjara 10 taun jer..klu msk dr awl dh blh keluar
mkn minum pn dh ade sedia |
|
|
|
|
|
|
| |
|