CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 638|Reply: 1

Baru Nak Melayan Nafsu Tempah Khidmat Seks, Lelaki Dirompak Suami Pelacur

[Copy link]
Post time 2-3-2023 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Hasrat melanggan pelacur terbantut apabila seorang lelaki dirompak suami pekerja seks itu di Khon Kaen, wilayah Isaan, lapor laman berita Thaiger semalam.


Pasangan penjenayah itu ditahan pada Isnin lalu turut membawa kepada penahanan 10 pelacur lain. Bagaimanapun, dua suspek terbabit hanya menerima hukuman ringan kerana mangsa tidak membuat laporan polis.




Polis berjaya menahan 10 pelacur ketika menyerbu hotel tersebut. - Thaiger





Mangsa menceritakan pengalamannya di halaman Facebook berita tempatan, Khon Kaen Link. Dia mendakwa bertemu pelacur yang dikenali sebagai Wilaiporn atau Oil berusia 21 tahun itu di tepi jalan di hadapan Mahkamah Wilayah Khon Kaen pada 20 Februari lalu.


Setelah bersetuju dengan tawaran Oil, mangsa membawanya ke hotel berdekatan. Bagaimanapun, pelacur itu menghubungi suaminya, Roongroj atau Noom, 45, dan memberitahu lokasi hotel itu.


Noom kemudian merompak lelaki itu selain mengugut menggunakan pistol supaya mangsa menyerahkan wang dan asetnya. Jumlah sebenar kerugian tidak dilaporkan.


Selepas kisah itu tular, lebih 20 anggota polis dari Balai Polis Mueang Khon Kaen menyerbu lokasi yang dinyatakan pada 25 Februari lalu.


Mereka tidak menemui Oil di hotel tersebut tetapi berjaya menahan 10 pelacur lain, seorang lelaki dan sembilan wanita kerana menawarkan khidmat seks secara haram.


Polis akhirnya menahan Oil dan Noom Isnin lalu ketika pasangan itu merancang memperdaya mangsa seterusnya di Jalan Thepharak wilayah itu. Mereka turut diuji positif Yaba atau metamfetamin.


Menurut polis, mangsa tidak memfailkan aduan dan pihaknya tiada bukti rompakan, jadi tuduhan mencuri terhadap pasangan itu gagal difailkan.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Benang dah ada la sundal!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.120097 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list