View: 1068|Reply: 19
|
Geng Bulu Antara 3 Tumpas Di Sungai Petani
[Copy link]
|
|
Tiga kumpulan penjenayah membabitkan kes pecah masuk pelbagai premis, curi motosikal dan rompakan berkumpulan ditumpaskan dengan penahanan lapan lelaki menerusi Op Bersepadu Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abdul Rahman berkata, lapan suspek warga tempatan yang menganggotai tiga kumpulan berbeza iaitu ‘Geng Rizal’, ‘Geng Bulu’ dan ‘Geng Wan Kelantan’ itu berusia lingkungan 17 hingga 34 tahun.
 ANUAR Abdul Rahman menunjukkan pistol angin yang digunakan oleh 'Geng Rizal' pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani.
Menurutnya, enam daripada mereka aktif melakukan aktiviti pecah premis kerajaan, kedai dan kediaman penduduk di sekitar daerah ini, sejak enam bulan lalu yang membabitkan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Merbok, di sini baru-baru ini.
“Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek, Mohamad Sharizal Sarif berusia 31 tahun dipercayai ketua kumpulan geng tersebut. Alamat terakhir lelaki itu adalah di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Bedong, dekat sini,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.
Anuar berkata, menerusi tangkapan itu juga, pihaknya berjaya menumpaskan ‘Geng Bulu’ yang aktif dalam kegiatan curi motosikal apabila dua daripada enam tangkapan ‘Geng Rizal’ tersebut turut menganggotai ‘Geng Bulu’.
“Kita juga telah merampas sepucuk pistol angin, satu unit peti besi, satu unit mesin pemotong rumput dan beberapa lagi barang rampasan lain untuk membantu siasatan,” jelasnya.
Sementara itu, dua lagi suspek berusia 33 dan 45 tahun yang ditahan dalam serbuan berasingan di Bukit Selambau, baru-baru ini dikesan sebagai ‘Geng Wan Kelantan’ yang melakukan aktiviti rompak berkumpulan di sekitar daerah ini.
Jelasnya, kumpulan ini terdiri daripada ejen penarik kereta yang mensasarkan golongan yang gagal membayar ansuran bulanan pembelian kenderaan.
“Suspek akan menahan kenderaan mangsa di tepi jalan lalu melarikan kereta mangsa secara paksa tanpa menyerahkan sebarang dokumen penarikkan semula daripada pihak bank.
“Melalui tangkapan ini kita telah merampas sebuah kereta, sebuah motosikal yang dirompak dan kad permit agen pemilikan. Hasil siasatan mendapati kesemua lapan suspek memiliki pelbagai rekod kesalahan lampau termasuk penyalahgunaan dadah,” ujarnya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ke huduh nau nama geng pun
Letak lah nama Kpop sikit
Nama anime ke
Nama latinos ke ala2 cartel |
|
|
|
|
|
|
|
Takde nama glamer lagi ke? Geng bulu..?? Nak join merampok kena berbulu gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apa??? dh merampok..depa tinggalkan BULU kt crime scenes ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
biasa nama2 cmni ikut nama kepala dia. contoh yang paling taiko nama dia bulu. jadi anak buah pergi mana2 jual nama kepala bulu. jadilah gang bulu.
kalau yang jenis operate tak siap biasanya gang pondan |
|
|
|
|
|
|
|
Adehhhh. Dah xda nama ganas yg lain ke. Ada ke boh nama geng bulu.  |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa..... kenapa nama geng bulu. Teringat kat anak sedara saya jenis bulu yg temankan mak n abah kat kampong. Semua comel2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sg petani.....
Kicap berbulu le ni ....
Geng tayang bulu dada kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 2-3-2023 10:21 PM
Alaaa..... kenapa nama geng bulu. Teringat kat anak sedara saya jenis bulu yg temankan mak n abah ka ...
Cuti sek teman atok & nenek ek.....
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 2-3-2023 10:37 PM
Cuti sek teman atok & nenek ek.....
Hahahah. Tak la kaka. Anak sedara saya tak boleh sekula. Dia yg melebih jadi cekgu. Bebel dgn bahasa meow meow |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah tengok Bulletin utama.zaman dahulu la. Pembaca berita pompuan. Dia tAhan ketawa bila sebut geng seluar dalam dpt ditumpaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bubuh la nama gang captain underpants baru ler kelass & glamour ~
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DARSITA at 2-3-2023 10:51 AM
Maybe dia orang ni suka kucin kot tu yg guna nama gang bulus 
Mcm best nama Gang Wan Kelantan - mesti ahli ahlinya handsome and manis 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni geng bulu tumpas, iols pulak semalam tumpas pada abang bulu. [em:14:] |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling tak suka dengan ejen penarik kereta..gangster berlesen dilantik oleh bank. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 2-3-2023 10:48 PM
Hahahah. Tak la kaka. Anak sedara saya tak boleh sekula. Dia yg melebih jadi cekgu. Bebel dgn baha ...
Ooo....anak bulus rupanya ... |
|
|
|
|
|
|
|
berbulu dada mcm alip satar ajl hr tu ke
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|