View: 607|Reply: 2
|
Setiap SMS Tidak Kritikal Daripada "GOV" Berharga RM0.001
[Copy link]
|
|
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan Dewan Rakyat bahawa setiap pesanan SMS tidak kritikal daripada "GOV" berharga RM0.001 manakala pesanan kritikal adalah percuma.
Katanya, kerajaan memeterai perjanjian dengan syarikat telekomunikasi pada Julai 2020 untuk menyediakan sistem SMS "GOV" bagi membantu kerajaan berkongsi komunikasi kritikal dan inisiatif kerajaan dengan pengguna telefon bimbit.
"Kandungan hebahan SMS bagi kategori kritikal adalah dikhususkan kepada pengurusan wabak seperti Covid-19, bencana alam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan awam dan negara.
 FB
"Bagi kategori kritikal ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat akan membantu menghebahkan SMS ini tanpa sebarang caj kepada kementerian dan agensi yang memohon," katanya.
Fahmi menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang meminta jumlah yang dibelanjakan dan peruntukan untuk perkhidmatan SMS "GOV" itu.
Pun begitu, Wong tidak menyoal mengenai kos bagi setiap mesej.
Fahmi tidak mendedahkan jumlah perbelanjaan keluruhan mahupun peruntukan dana oleh Putrajaya.
Bagaimanapun, berdasarkan anggaran 29 juta telefon pintar - seperti yang dipetik oleh laman web Malaysia Digital Economy Corporation (Mdec) - setiap SMS sepatutnya berharga RM29,000.
Mdec merupakan sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Fahmi.
Sistem SMS "GOV" sering digunakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ketika itu pada 2021 dan 2022 untuk mempromosikan acara kerajaan seperti "100 hari Keluarga Malaysia" dan acara "Jelajah Keluarga Malaysia".
Sumber: MalaysiaKini |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 2-3-2023 06:47 PM
0.1 sen x 32juta ummah = 3,200,000sen = RM32,000
Telco tsenyum girang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman covid berlambak sms dari MKN |
|
|
|
|
|
|
| |
|