CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1013|Reply: 5

Peniaga Tak Mengaku Salah Cuai Sebabkan Kematian Cucu Lelaki Akibat Strok Haba

[Copy link]
Post time 2-3-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendakwa seorang peniaga cuai kerana menyebabkan kematian cucu lelakinya berusia dua tahun enam bulan selepas meninggalkan mangsa, bulan lepas.


Nooriza Samsudin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.




Gambar hiasan




Penjaga kepada kanak-kanak lelaki itu didakwa cuai dengan meninggalkan mangsa di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhadapan Plaza Medan Idaman di Jalan Gombak, antara 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang pada 25 Februari lepas yang menyebabkan kematian mangsa akibat strok haba.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Triperjit Singh yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan sebanyak RM5,000.


Nooriza kemudian dibenarkan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi, diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek muda.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 05:51 PM | Show all posts
umur 39 dah ada cucu?
rasanya ni 2nd time kes cuai heat stroke dlm kete dibicarakan kan?
yg cikgu kat subang dulu dah dihukum ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah mak dgn ank beranak awal
Belum 40 dah bercucu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
2 jam dalam kereta… kesiannya budak tu. Purposely ke apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cucu lahir masa dia umur 37.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.583517 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list