CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 3

Bumbung Myvi Kuning Berlubang Bermotif Skandal

[Copy link]
Post time 2-3-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Insiden letupan bumbung sebuah kereta berlubang dalam kejadian di hadapan sebuah rumah dekat Padang Jawa, 17 Februari lalu dipercayai berpunca akibat skandal bersama wanita lain.


Sinar Harian melaporkan, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berkaitan isu peribadi.




NSTP - Ihsan PDRM




"Motif disyaki kerana mangsa itu ada affair (hubungan) dengan seorang wanita.


"Kes masih dalam siasatan dan setakat ini kita masih dalam tindakan mengumpul keterangan yang cukup untuk tangkapan," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi berwarna kuning yang diparkir di hadapan rumah berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan berikutan terdapat kesan lekukan besi (bumbung).


Bahan letupan berkenaan adalah jenis low explosive (serbuk belerang) dan teknik yang digunakan bagi menyebabkan letupan adalah teknik bakar kerana menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan berkenaan.


Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 05:32 PM | Show all posts
mangsa da kawin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak buat dengan lubang tu? Pasang roof terus boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 05:47 PM | Show all posts
wanita2 ramai yg mcm pelacur skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.624496 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list