CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2538|Reply: 20

Duit Show Caliph Buskers Masih Tertunggak, Masa Habis Menyanyi Cuma Ada RM10

[Copy link]
Post time 2-3-2023 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Penantian Caliph Buskers untuk menerima bayaran hasil titik peluh menjayakan sebuah festival sejak lebih dua bulan lalu masih belum berakhir.


Sehingga kini, penganjur hanya melunaskan sebahagian kecil bayaran biarpun beberapa kali didesak.


Mewakili kumpulannya, Azmi Saat berkata sehingga kini mereka hanya dibayar RM2,000 daripada jumlah keseluruhan RM10,300 seperti yang dijanjikan penganjur.


Foto: IG




Menurut penyanyi itu, dia masih terkenang peristiwa cuma membawa RM10 semasa ke tapak persembahan kerana menyangka akan menerima bayaran penuh sebaik menyelesaikan tanggungjawab.


“Saya tak malu mengaku pada waktu itu saya cuma ada tunai di tangan sebanyak RM10 yang hanya cukup untuk sekali makan tengahari. Dapatlah merasa nasi kandar.


“Kawan lain pun tak bawa duit banyak sebab masing-masing sangka dapatlah bayaran penuh selepas berkongsi ‘tuang’ minyak untuk ke lokasi karnival di Pulau Pinang itu.


“Masa itu semua tengah ‘sesak’, ada duit simpanan sikit-sikit dalam bank tetapi kami masih menaruh harapan mungkin keesokkan hari penganjur bayar.


“Kalaulah dia tahu macam mana keadaan kami pada hari itu, makan pun kena bercatu,” katanya mengimbas insiden ketika mengadakan persembahan pada 9 dan 10 Disember tahun lalu.


Sementara itu, teman seperjuangannya, Fendy Adlun pula mendedahkan mereka terpaksa meminjam daripada rakan lain untuk menampung perbelanjaan sepanjang dua hari di sana.


“Dalam perjanjian penganjur minta kami dulukan duit minyak sebanyak RM300 manakala kenderaan untuk kami bertujuh disediakan pihak terbabit.


“Tapi janji tinggal janji, selepas didesak dapatlah RM2,000 dan sampai sekarang mereka (penganjur) senyap semula.


“Memang sedih. Daripada jumlah itu cuma berbaki sikit saja selepas langsaikan hutang kawan,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM), baru-baru ini.


Mengakui insiden tersebut membuatkan mereka lebih berhati-hati, Caliph Buskers turut menasihatkan rakan artis lain supaya membuat perjanjian hitam putih bagi mengelakkan risiko. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya la
jangan la buat naya org cmni
tp benda² cmni xde hitam putih ke spy oenganjur x culas byr
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
exposekanlah penganjur tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Next time amik 50% payment dulu. Yang penting boleh cover transport, accommodations, dgn kos2 lain sepanjang buat show tu. Klu penganjur tak setuju, jgn amik job. Kena berkeras sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 06:42 PM | Show all posts
kejamnya.. oku pun nk tipu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 06:49 PM | Show all posts
dedahkan jah pengajur tu... dasar menganiaya orang betul... dah la aniaya OKU...

elok sumbat jugak si pengajur tu ke dalam rumah si bainun... biar dia siram kau pakai air coway panas dengan si hapis kaki mendebik bini tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2023 07:04 PM | Show all posts
diorang bawah KRU lagi ke? ingatkan masing2 dah jutawan skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:55 PM | Show all posts
Sedangkan artis celik pun kadang2 kena main2 when it comes to payment show
Apatah lagi yg kurang upaya. Memang selalu diperlekehkan.

Sebab tu artis kena ada knowledge pasal contract. Tak bayar kalu, saman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki caliph buskers ni dpt job lain yg masyuk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dedahkan sapa penganjur tu. Nanti org lain pon kena..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss pernah la nmpk salah sorg tu busking kat Lotus Kajang. Dalam pic kat atas tu yg pakai spek tu. Ada sekali tu nampak busking sekali dgn Azmi
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baiknya buat gitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg msh kontrak dgn meletop kn
Agk2 berapa payment per episode

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
I syak Pesta Pulau Pinang. Sebab 11 Dis tu dorang kat Penang. Dan I sempat tgk post dorang psl perform malam tu. Cuma gambar dari belakang stage. Caption pun tak mention mana dorang perform. Tapi macam mustahil sebab Pesta Pulau Pinang tu macam nama yg agak gah la kalau nak buat onar. Entah la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambil 50% downpayment. Kesian diorang ni dah la oku dan mereka pun ada anak bini tak patut kau tipu diorang apa ke zalim betol
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 04:24 PM | Show all posts
theyols ni bukan bawah KRU management ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aammyy replied at 12-3-2023 12:50 AM
I syak Pesta Pulau Pinang. Sebab 11 Dis tu dorang kat Penang. Dan I sempat tgk post dorang psl perfo ...

“Saya tak malu mengaku pada waktu itu saya cuma ada tunai di tangan sebanyak RM10 yang hanya cukup untuk sekali makan tengahari. Dapatlah merasa nasi kandar.


“Kawan lain pun tak bawa duit banyak sebab masing-masing sangka dapatlah bayaran penuh selepas berkongsi ‘tuang’ minyak untuk ke lokasi karnival di Pulau Pinang itu.



Mmg kat pulau pinang pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 12-3-2023 04:36 PM
“Saya tak malu mengaku pada waktu itu saya cuma ada tunai di tangan sebanyak RM10 yang hanya cuku ...

Oh tak baca betul2 sbb panjang sgt. Hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 07:14 PM | Show all posts
tapi kalau ada show mcm ni bukan penganjur sponsor accomodation + meals 3x per day? ermm tapi byk kali juga dgr si calip busker ni asik la org tak bayar show. dah terkena byk kali pon masih la taknak ada proper contract. tak paham aku.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 6-3-2023 07:22 AM
Iolss pernah la nmpk salah sorg tu busking kat Lotus Kajang. Dalam pic kat atas tu yg pakai spek tu. ...

Pernah nampak heols busking dekat lrt klcc juga. Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070644 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list