Menteri Kewangan Israel diselar Amerika Syarikat (AS) kerana membuat kenyataan supaya menghapuskan perkampungan Huwara di Palestin.
AWANI memetik Agensi Anadolu melaporkan, AS menyifatkan ia sebagai "tidak bertanggungjawab" dan "menjijikkan".
 Netanyahu dan Smotrich - Foto: Reuters
"Sama seperti kami mengecam tindakan Palestin menghasut lakukan keganasan, kami juga mengutuk kenyataan provokasi ini yang sama seperti hasutan keganasan," kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price.
Beliau menggesa Perdana Menteri Israel Netanyahu dan pegawai kanan yang lain untuk turut membantah kenyataan itu.
Menteri Kewangan Bezalel Smotrich berkata Huwara harus "dihapuskan" selepas keganasan yang meletus susulan insiden pembunuhan dua beradik rakyat Israel.
Sumber: BERNAMA |