CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

Honda hadapi risiko hilang penaja Repsol

[Copy link]
Post time 2-3-2023 01:24 PM | Show all posts |Read mode

HONDA dilaporkan belum mencapai tahap terbaik bagi membolehkan mereka bersaing merebut kejuaraan musim baharu nanti. – AFP


LONDON – Honda terancam kehilangan penaja utamanya, Repsol sekiranya pasukan Jepun tersebut terus bergelut dan gagal untuk bangkit mencari kemena­ngan dalam perlumbaan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Repsol bekerjasama dengan Honda sejak 1995 sekali gus me­nyaksikan 15 pelumba menjulang gelaran dunia termasuk Marc Marquez yang berjaya meraih enam gelaran MotoGP sejak 2019.

Penganalisis MotoGP dan pengulas MotoGP, Ricard Jove menegaskan, sekiranya Honda kekal di tahap yang sama, Repsol mungkin hilang keyakinan untuk bersama pasukan itu selepas ini.

“Seperti yang saya lihat, jika Marquez dan Joan Mir atau Alex Rins tidak berjaya bersaing untuk podium atau kemenangan, semua tekanan pasti ke atas pengeluar jentera.

“Sekiranya mereka (Honda) tidak mampu mendekati Ducati mahupun Aprilia dan sekurang-kurangnya berada dalam lima kelompok teratas ia pasti membimbangkan.

“Repsol adalah penaja terbesar dan tertua di MotoGP. Tidak mustahil mereka boleh hilang kepercayaan terhadap Honda meskipun telah bekerjasama tempoh agak lama dengan pasukan tersebut,” kata Jove.

Pada musim ini, Honda me­lakukan beberapa pertukaran dalaman dan turut memberi tumpuan penuh kepada pembangunan jentera.

Bagaimanapun, sewaktu ujian pramusim di Sepang, Marquez menilai bahawa pasukan itu masih belum menemui jentera terbaik buatnya.

Musim ini, Honda membuat keputusan membawa masuk Joan Mir dari Suzuki untuk bergandingan bersama Marquez. Bekas rakan sepasukan Mir, Rins akan menyertai LCR Honda dan akan bergandingan bersama Takaaki Nakagami. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... lang-penaja-repsol/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.101838 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list