CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 1

[Jenayah] Pakar psikiatri palsu dipenjara tujuh tahun

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Mahkamah di Manchester menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap seorang pakar psikiatri palsu di Britain yang dilaporkan menjalankan perkhidmatan berkenaan selama dua dekad.

Wanita itu dilaporkan tidak memiliki sebarang kelayakan dalam bidang rawatan psikiatri.

Sepanjang bekerja sebagai pakar psikiatri palsu di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Zholia Alemi juga menerima gaji sejumlah sejuta Pound (RM5.405 juta).  

Lapor Mirror, Alemi merawat pesakitnya selama 20 tahun walaupun tidak mempunyai kelayakan sebenar dalam bidang psikiatri.

Mahkamah di Manchester mendapati wanita itu mengemukakan beberapa dokumen palsu untuk bekerja dengan NHS.

Dokumen itu termasuk sijil ijazah palsu dari Universiti Auckland di New Zealand.


Pada sesi mahkamah tersebut, Alemi dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun selepas muslihat wanita itu dibongkarkan oleh wartawan, Phil Coleman.

Alemi disiasat oleh Coleman yang mula menyiasat latar belakang wanita itu sehingga mendapat tahu dia tidak pernah memperoleh ijazah tersebut secara sah yang didakwa melayakkannya untuk menjadi pakar psikiatri.   

Alemi didapati bersalah kerana memalsukan sijil dan surat pengesahan yang digunakan untuk mendaftar dengan Majlis Perubatan Am (GMC) pada tahun 1995.

Sementara itu, GMC dikecam hebat selepas gagal menjalankan pemeriksaan lebih ketat terhadap individu sehingga menyebabkan isu sedemikian berlaku.      




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2023 12:12 PM | Show all posts
si acik gundu penipu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.437862 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list