View: 1371|Reply: 3
|
Pengunjung Terkejut Tengok Ular Gergasi Di Sungai Pisang Gombak, Selamba Dibuat Main
[Copy link]
|
|
Pengunjung yang hadir berkelah dan mandi manda di kawasan Sungai Pisang, Gombak, Selangor dikejutkan dengan kehadiran bangkai seekor ular gergasi.
Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Faridah, 47, dia dan keluarganya melihat bangkai itu sedang dipegang oleh beberapa individu sebelum ia diletakkan di dalam sungai.
"Kami pergi pada hari cuti. Saya bersama keluarga, adik pun bawa keluarga dia. Kami berjalan nak ke terowong menuju ke Air Terjun Sungai Pisang.
"Tiba-tiba nampak budak lelaki tengah bermain. Akak fikir mereka main-main dengan kain atau ular plastik, bila datang dekat baru perasan tu bangkai ular sebenar.
"Budak-budak tu letak atas bahu. Bila tengok tu, akak terus lari sebab geli dengan ular. Budak-budak bujang tu, mentang-mentang la ular dah mati, mereka buat main je," ujarnya ketika dihubungi mStar.
Senang disapa Kak Ida, ibu kepada lima cahaya mata itu berkata dia dan rombongannya terus beriadah di lokasi lain selepas menyaksikan kejadian itu.
Ketika dalam perjalanan pulang, dia melihat bangkai ular berkenaan sudah berada di dalam air sebelum dia meminta salah seorang anaknya membuat rakaman video.
"Kami pergi la mandi. Tapi tak mandi dekat tempat jumpa ular tu. Lepas tu masa nak balik, kami berjalan ke arah terowong, nampak ular tu dah kat dalam sungai. Terus akak suruh anak ambil video," dedahnya lagi.
"Makin hari makin takut nak mandi sungai atau air terjun.
"Saya jumpa ular tedung saiz lebih kurang macam ni. Kat Sungai Pisang. Atas sikit dari air terjun.
"Jangan kacau ular tu tengah healing," tulis beberapa netizen.
Jelas Faridah, kejadian itu sebenarnya berlaku sekitar November lalu dan sudah lama dia memuat naik rakaman tersebut ke aplikasi TikTok.
Namun, video berkenaan kembali tular sejak Ahad lalu dan dibanjiri dengan komen-komen netizen yang tidak pernah melihat rakaman berkenaan sebelum ini. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg gergasinya? ular sawa batik biasa je tu..ada yg lagi besar dr tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sy nampak pun mmg sy lari walaupun ular tu dh mati... |
|
|
|
|
|
|
| |
|