CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1256|Reply: 13

Agensi Pelancongan Buat Hal- Dah Bayar RM95,000, Nak Terbang Tunai Umrah Langsung Tak Kesampaian

[Copy link]
Post time 2-3-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Kecoh di media sosial kisah sebuah agensi pelancongan yang didakwa telah membuat 'onar' sehingga mangsa melakukan tunjuk perasaan di ibu pejabat syarikat berkenaan yang terletak di Putrajaya.


Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ina berang apabila impiannya untuk menunaikan umrah bersama 10 ahli keluarga yang lain akhirnya musnah.


Ina berkata, ini merupakan kali pertama dia berurusan dengan syarikat berkenaan dan tidak menyangka akan ditimpa nasib sebegini.




Gambar Hiasan




Bukan sahaja urusan menunaikan umrah dibatalkan, apa yang lebih teruk, memo yang diterima hanya sekadar kepingan nota yang dihantar melalui WhatsApp dan dimaklumkan sehari sebelum tarikh penerbangan iaitu pada 28 Februari.


"Sepatutnya 1 Mac (Rabu) saya terbang ke Jeddah dengan keluarga. Tiba-tiba agensi tu hantar memo dan maklumkan umrah terpaksa ditangguhkan. Ingatkan hantar tiket, lain pula yang sampai.


"Bila saya tanya sebab apa, macam-macam alasan mereka bagi. Memo yang dapat tu pun tak ada tandatangan atau pengesahan daripada orang atasan agensi tu. Maklumkan pun melalui WhatsApp bukan surat.


"Sebelum ni saya tunai umrah guna agensi lain dan ini merupakan kali pertama saya guna servis mereka. Tak sangka pula jadi macam ni sebab syarikat ni ada lesen yang sah," ujarnya ketika dihubungi.


Tambah mangsa yang baru sahaja bersara setahun lalu, segala persiapan untuk ke sana telah dibuat dan anggaran keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM95,000.


Sementara itu, Ina memberitahu dia juga berasa tidak puas hati apabila pihak agensi berkenaan hanya menghantar pekerja bawahan untuk berurusan menyelesaikan masalah ini.


Katanya, dia dimaklumkan bahawa pihak agensi memerlukan masa tiga hingga ke enam bulan untuk memproses pembayaran semula wang.


"Anggaran kos pakej umrah dengan segala kelengkapan dalam RM95,000 untuk 11 orang. Semua persiapan dah siap dan anak-anak pun semua seronok nak tunai umrah bersama. Saya rasa sedih sebab sebelum ni dah buat perancangan awal untuk aturkan cuti anak-anak.


"aling rasa nak marah bila agensi tu hanya hantar pekerja biasa untuk selesaikan masalah ni. Bila tanya lebih-lebih, pekerja suruh rujuk pihak pengurusan. Masalahnya sehingga sekarang pihak atasan diam dan tiada sebarang maklum balas.


"Bila saya minta untuk refund, mereka minta sekurang-kurangnya 30 hari untuk selesai.


"Saya desak agensi untuk keluarkan surat bayaran balik dalam masa 14 hari. Lepas kena desak, barulah mereka keluarkan. Dari bulan Disember lagi agensi tu ambil duit dan siap beritahu kalau bayar lewat kena denda. Tetapi bila kami nak refund, macam-macam alasan bagi," dakwanya lagi.


Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang turut mengalami nasib sama meluahkan rasa sedih kerana berasa teraniaya.


Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nor berkata, dia memahami situasi yang menimpa agensi berkenaan serta masalah limpahan jemaah haji di Makkah.


Namun apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana pihak atasan menguruskan perjalanan jemaah kerana agensi berkenaan merupakan sebuah syarikat pelancongan yang terkenal.


"Agensi tu memang wujud dan saya tahu di Makkah memang ada ramai jemaah yang pergi beribadah. Sebab di Arab sekarang tengah musim cuti sekolah tetapi kenapa tak beritahu awal-awal?


"Mereka janjikan 1 Mac penerbangan kami ke Jeddah tetapi dua hari lepas baru beritahu penerbangan tak ada. Lepas kena desak, akhirnya agensi keluarkan tarikh baharu iaitu pada 12 Mac. Semua dah gembira pada mulanya.


"Tapi salah seorang jemaah periksa tarikh yang diberikan dengan syarikat penerbangan, sekali keluar 'penerbangan tidak sah'. Maksudnya tak wujud pun tarikh penerbangan tu.


"Kalau dah tahu limpahan jemaah di Makkah, kenapa masih lagi buka iklan untuk tunai umrah? Ahli untuk kumpulan saya ni seramai 120 orang dan semua masih menunggu bayaran balik atau tarikh penerbangan seterusnya. Saya dan suami habis lebih kurang RM 9,000," ujarnya.


Sementara itu, Nor berkata, selepas apa yang berlaku, dia dan beberapa jemaah masih mahu meneruskan urusan umrah dengan agensi berkenaan.


Ada juga beberapa jemaah yang mendesak pihak agensi untuk mengeluarkan dokumen 'hitam putih' berkenaan bayaran balik.


"Saya masih lagi nak teruskan dengan agensi itu. Tetapi saya nak mereka tunaikan janji yang katanya akan belanja kami semua menaiki keretapi berkelajuan tinggi di sana tanpa dikenakan sebarang caj.


"Saya tak minta banyak, cuma berharap pihak agensi kotakan janji yang ditunda kepada jemaah dan selesaikan bayaran balik yang lain," ujarnya lagi.


Pihak agensi berkenaan pada Rabu gagal dihubungi serta pihak agensi berkenaan juga masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 12:06 PM | Show all posts
moga terima hukuman setimpal...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde cakap ke agensi apa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 12:12 PM | Show all posts
Kesian. laporkan lah kpd MMotac.

I pun hari tu cuak masa nak pergi menunaikan umrah. Takut kena tipu oleh TA. Husband dah bising2 sbb ambil TA yang dia tak kenal
I pilih TA ni sebab hotel dekat: Safwah tower Mekah dan Maden (madinah).

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan servis seperti yang dijanjikan. I baru balik minggu lepas. Tapi sebelum tu memanglah sentiasa berdoa agar tak kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 03:13 PM | Show all posts
Edited by hyeed at 2-3-2023 03:14 PM

-deleted-


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 03:21 PM | Show all posts
Bitau je la TA mana yg buat perangai. At least org leh elak drpd ambik TA yg bikin onar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 2-3-2023 03:32 PM

Aku salah baca ke dia kata dia dan suami berhabis  9k...biar betul..sekarang sorang pon dh lebih 9k sbb visa dh naik rasanya  dr 2019!Mana ada dah rege 5k!tp 95k utk 11 pax..mana 1 betul nih!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 03:30 PM | Show all posts
bos aku pun kene posponed umrah dia...

isu dia bkn kat travel agensi sgt pun...tp pak arab sana pi over booked.

UAK pun ade bitau, kat sana hotelsuka suki cancelkan booking yg travel agent dah buat...

siap ada hotel pi pulangkan cash kat travel agent  wang bayaran yg telah dibuat..

ade jemaah yg dpt hotel 5-10km dr masjidilharam... bkn seperti yg dijanjikan 300-500mtr jah... haru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mention je la nama TA yg hauk tu
Biar depa malu..alang2 ko nak mengadu tu, malukan terus la TA tu
Nanti pandai la netizen buat keje
Ni nama pun x bagitau..baik ko pendam je sorang2 mslh kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 03:56 PM | Show all posts
betullah mcm ckp kat atas tu.. kena scam dengan pak arab yang mata duitan..
geng2 travel agency ni jadik mangsa jugak.. tapi as a professional dia kena manage benda2 ni dengan lebih baik la...
At least kena lah bagitau at least seminggu awal .. kalau ada any problem..
Orang boleh paham.. jangan lah esok nak terbang harini baru bagitau kena postpone.. manalah org tak mengamuk..

Kita orang Islam.. lagilah yang nak buat ibadah.. semua beriman dengan Qada' dan Qadr.. tapi lain orang lain tolerance level..
mcm kes ni gak lah.. ada yang lembut hati, still nak teruskan dan ada yang terus tawar hati, mintak refund terus..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke mengerjakan umrah tanpa TA?

Sbb dah banyak kes penipuan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 04:16 PM | Show all posts
ada sini sapa2 tau nak buat solo umrah tanpa perlu agent and apply visa sendiri just g solo
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 04:31 PM | Show all posts
ezacbee replied at 2-3-2023 03:59 PM
Boleh ke mengerjakan umrah tanpa TA?

Sbb dah banyak kes penipuan.

boleh je ...apply e visa - tourist . hotel, flight book sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 04:32 PM | Show all posts
kehcik_evil replied at 2-3-2023 04:16 PM
ada sini sapa2 tau nak buat solo umrah tanpa perlu agent and apply visa sendiri just g solo

boleh, apply tourist visa . flight, hotel, transport book sendiri . Janji dah tahu cara buat umrah, tempat miqat , boleh je naik teksi sendiri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.952281 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list