View: 1473|Reply: 9
|
JAKIM Sah Filem 'Mentega Terbang' Bertentangan Akidah
[Copy link]
|
|
Berikutan hasil penelitian mendapati terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
 MalaysiaKini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah itu diambil agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.
Tambahnya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diminta memanggil pihak terbabit dengan penerbitan filem itu untuk urusan selanjutnya.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam, lebih-lebih lagi boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia.
"Saya juga ingin menasihatkan kepada penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat, agar matlamat kerajaan menuju negara Madani akan tercapai,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam masa sama, masyarakat juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih rancangan televisyen untuk tontonan keluarga sama ada dalam mana-mana platform supaya tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah Islamiah.
Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platfrom penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur-unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pergi tangkap pelakon filem ni?  |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni berkenaan ape sbnarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sama cam filem terbaik ffm ke? Malaikat dok jalan2..
Ni pasal agama lak. Pasni apa lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
alongweeda replied at 2-3-2023 04:46 AM
cite ni berkenaan ape sbnarnya
Pasal persoalan life after death je...
https://www.bellajamal.com/2023/ ... ga-terbang.html?m=1
Jakim risau kot ummah iman senipis kulit bawang terpengaruh terikut2 terutama anak2 muda yang sering dikaitkan dengan keruntuhan moral dan ahklak (yang dari aku kecik sampai aku kertu la kan isu ni). |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 1-3-2023 11:46 PM
Baru ingat nak tgk
Aiols nak tengok. Tq Jakim kasi free publisiti jika tidak aiols lansung tak tahu kewujudan filem ni (sebab tak layan Viu). |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-3-2023 01:17 PM
Aiols nak tengok. Tq Jakim kasi free publisiti jika tidak aiols lansung tak tahu kewujudan filem n ...
Dah nmpk dh baper minggu dh movie ni, cuma malas nk tgk sebab ingat filem indon... |
|
|
|
|
|
|
| |
|