CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 1

[Sarawak] Penganggur ugut bunuh ibu, rogol adik dipenjara lima bulan

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:28 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Gara-gara mengugut hendak membunuh ibu dan merogol adik setelah tidak diberi wang, seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Ramlissari Malim, 24, dikuatkuasakan mulai tarikh dia direman iaitu pada 7 November 2022.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 49 tahun dalam satu kejadian sekitar jam 11 pagi, pada 3 November 2022 di kediaman mereka sekeluarga di Kampung Tabuan Selipar Putus.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengamuk dengan menendang pintu sambil mengeluarkan perkataan ugutan jenayah terhadap mangsa.

Mangsa yang berasa takut terus membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada hari sama, sekitar jam 4.30 petang.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mendatangkan ketakutan kepada mangsa dengan mengeluarkan kata-kata ugutan berbunyi ‘kalau kamu tidak mahu bagi duit, saya akan bunuh kamu dan saya akan rogol adik’.

Punca kejadian adalah mangsa enggan memberi wang dipinta oleh tertuduh.

Susulan itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh tidak diwakili peguam sementara pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 07:51 AM | Show all posts
umur dah 24 tahun nak jadi bewak hidup. pastu nak bunuh mak & rogol adik. taik dadah ke taik judi ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058031 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list