View: 706|Reply: 2
|
Beribu-Ribu Patung Mainan Dibaling Peminat Ke Padang Bola Sepak Sebagai Simbol Solidariti
[Copy link]
|
|
Beribu-ribu patung mainan dibaling peminat kelab bola sepak Istanbul, Besiktas ke atas permukaan padang, Ahad lalu sebagai simbol solidariti dengan kanak-kanak yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye, 6 Februari lalu.
Perlawanan Liga Super Turkiye di Stadium Vodafone Park di antara Besiktas dengan Antalyaspor yang berkesudahan 0-0, dihentikan selepas empat minit dan 17 saat bagi membolehkan peminat melemparkan hadiah di atas padang.
 AP
Gempa bumi pertama kali melanda Turkiye pada 4.17 pagi (waktu tempatan) pada 6 Februari lalu.
“Peminat kami melemparkan selendang, beret dan mainan mewah di atas tanah Vodafone Park untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak di kawasan gempa bumi bagi menceriakan mereka,” kata Besiktas dalam satu kenyataan.
Jumlah kematian akibat gempa bumi di Turki dan negara jiran Syria melepasi 50,000 orang.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bagi tp baling acane tu |
|
|
|
|
|
|
|
ngape dibaling letak ler elok2 dlm kotak |
|
|
|
|
|
|
| |
|