CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 7

Hampir Mati Dibunuh Anak Sendiri Sebab Berebut Harta - Bapa Gantung Banner, "Terima Kasih Penjarakan Anak-Anak Saya"

[Copy link]
Post time 1-3-2023 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Bapa dari Udon Thani di timur laut Thailand sanggup menggantung gegantung bagi menzahirkan penghargaan kepada Mahkamah Udon Thani kerana memenjarakan dua anak yang cuba membunuhnya.


Portal Thaiger melaporkan, Ouai Kapradit hampir dibunuh dua anak lelakinya ketika konflik perebutan tanah.


"Terima kasih kepada Polis Nong Han dan pendakwa raya di Mahkamah Udon Thani kerana menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun kepada anak lelaki saya yang tidak bersyukur dan tahu mengenang budi.


"Karma segera, tidak perlu menunggu sehingga kehidupan seterusnya," menurut tulisan pada gegantung berkenaan.




Foto: Harian Metro




Bagaimanapun, isteri suspek dan ahli keluarga menceritakan perkara yang sama sekali berbeza.


Akhbar KhaoSod melaporkan Ouai Kapradit, 80, memasang sepanduk mengecam dua anak lelakinya kerana cuba membunuhnya.


Ouai berkata, anak lelakinya cuba berbuat demikian kerana dia tidak memberikan mereka plot tanah seluas 3.2 hektar.


Ouai menggantung gegantung di hadapan rumahnya untuk mengumumkan secara terbuka pendakwaan terhadap anak lelakinya.


Kemudian, dia mengangkat sepanduk pada pikapnya dan memandu mengelilingi kawasan perumahan.


KhaoSod melaporkan isteri Ouai adalah pesakit terlantar, dan pasangan itu mempunyai empat anak lelaki termasuk Samruay, Preeda, Banlaeng, dan Boonchan.


Banlaeng dan Boonchan didakwa cuba membunuh Ouai serta cuba menyerang bapa mereka dengan kapak, kata Preeda.


Susulan itu, Ouai memfailkan aduan terhadap dua anaknya itu kerana cubaan membunuh di Balai Polis Nong Harn.


Pada 23 Februari lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun kepada Banlaeng dan 33 tahun untuk Boonchan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sia sia je doh masuk jail ce buat baik dgn bapak kau mst dpt punya nnt
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 03:40 PM | Show all posts


Sebelum mati elokla pakcik jual tanah dan bahagikan sedikit $$ kpd dua lagi anak. Hidup pun tak lama eloklah bersenang senang bersana isteri. Tak perlu bersusah sudah.



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 biawak. Penat bapak keje dari muda sampai ke tua, anak2 sibuk berebut tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:41 AM | Show all posts
elok bunuh je anak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 2-3-2023 08:51 AM

Nsb baik anak dia serang dgn ala modern..leh ambik tindakan..kalo di anto nye santau ke pe benda ilmu2 hitam mati merana lg x blh bt pe ...mcm dlm citer antu Siam..seram je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2023 09:22 AM | Show all posts
bodoh..kalau ya pun tak kan nak gantung banner
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 10:46 AM | Show all posts
Jahat btl ank2 x guna tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.250112 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list