CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 6

Bekas Suami Tuang Air Panas Mendidih Di Kepala Dan Muka Bekas Isteri Ketika Sedang Nyenyak Tidur

[Copy link]
Post time 1-3-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Ankara: Seorang suami didakwa menuang air mendidih ke muka bekas isterinya ketika mangsa nyenyak tidur.


Daily Star melaporkan, mangsa, Alev Altun dan dua anaknya berpindah dan tinggal bersama bekas suaminya, Savas Altun selepas gempa bumi Turkiye memusnahkan rumahnya di daerah Samandag, wilayah Hatay.


Tiga hari selepas berpindah iaitu pada 19 Februari, wanita itu mendapati dirinya terjaga dalam kesakitan selepas bekas suaminya, Altun, 37, didakwa menuang air mendidih ke atas kepala dan mukanya.




Foto: Daily Star




Ketika Alev menjerit kesakitan, Altun memberitahu bekas isterinya itu: 'Kamu sepatutnya gembira saya tidak membunuh kamu".


Gambar ngeri itu mendedahkan Alev terbaring di atas katil hospital dengan kepala dan lengannya berbalut.


"ada malam hari ketiga, dia menuangkan satu periuk (berisi) air mendidih ke atas kepala saya ketika saya sedang tidur nyenyak.


"...dia hanya memberitahu saya bahawa saya sepatutnya gembira dia tidak membunuh saya," kata ibu 25 tahun yang berpisah dengan bekas suaminya sembilan bulan lalu.


Alev memberitahu media tempatan Altun yang memujuknya untuk tinggal bersama selepas pangsapurinya runtuh dalam gempa bumi pada 6 Februari lalu.




Foto: Daily Star







"Katanya, kami harus berbaik semula dan tinggal bersamanya.


"Rumahnya tidak musnah akibat gempa bumi itu. Rumah baharu kami rosak teruk akibat gempa bumi itu jadi saya terpaksa memikirkan tempat tinggal bersama dua anak saya," katanya.


Pada mulanya, Alevd pergi ke rumah kakaknya dan bermalam selama sembilan malam di sana.


"Kemudian, bekas suami saya datang dan mendesak untuk tinggal di rumahnya.


"Dia mendakwa anak kami akan mendapat ketenangan jika kami berdamai. Kami tidak bertengkar selama tiga hari," katanya.


Altun dilaporkan ditahan ketika cuba melarikan diri bersama anak dan wang tunai.


Lelaki itu dilaporkan masih dalam tahanan dan memberitahu polis periuk air mendidih terlepas dari tangannya ketika gempa susulan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2023 02:33 PM | Show all posts
ni gamba ex husband durjana


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Knpa ko tak mampos kena himpit bumbung runtuh hanat?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya! Pepatah Jawa ada mengatakan crab want to teach its children how to walk in straight line, edayildiz tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 03:03 PM | Show all posts
ya allah jahatnya. bengkak muka ex wife dia menahan kesakitan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 04:32 PM | Show all posts
Inilah jantan.
Ego, pendendam, suka aniaya orang, lepas tangan (dari tanggungjawap)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2023 08:40 AM | Show all posts
simbah asid plak kat muka ex
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.496468 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list