CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

Banduan Guna Alasan Anak Dalam Kandungan Tak Bersalah Untuk Bebas Penjara

[Copy link]
Post time 1-3-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Petisyen suspek kes bunuh yang hamil dan mohon dibebaskan dari penjara atas alasan anak dalam kandungannya tidak bersalah serta ditahan menyalahi undang-undang, ditolak Mahkamah di Florida, Amerika Syarikat (AS).


Dalam keputusan yang diperoleh AFP pada Selasa, Mahkamah Rayuan Daerah Ketiga Florida menolak tanpa prejudis petisyen yang difailkan Natalia Harrel bagi pihak bayi dalam kandungannya.




NATALIA Harrel. FOTO Agensi





Keputusan itu dibuat selepas hakim mendapati masih terdapat persoalan yang perlu ditangani di mahkamah rendah tetapi tidak memutuskan sama ada kes itu mempunyai merit undang-undang.


Mahkamah dalam keputusannya pada Jumaat berkata, adalah mustahil untuk "menyelesaikan dengan betul sama ada anak dalam kandungan mempunyai hak untuk memfailkan petisyen memandangkan rekod yang tidak mencukupi dalam perkara itu".


Terdahulu, Harrell, 24, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan dan berdepan dakwaan membunuh selepas menembak mati seorang wanita lain ketika mereka menaiki Uber di Miami, Julai lalu.


Harrell hamil kira-kira enam minggu ketika ditahan dan mengaku tidak bersalah dengan alasan tindakannya adalah untuk mempertahankan diri.


"Bayi dalam kandungan saya belum melakukan jenayah namun masih dipenjarakan dalam keadaan yang menyedihkan dan melainkan jika diberi pelepasan kemungkinan dibawa ke dunia ini di lantai konkrit sel penjara," kata Harrel dalam petisyennya.


Hakim Monica Gordo bersetuju dengan keputusan mahkamah untuk menolak petisyen itu, tetapi berhujah dalam pendapat yang berbeza bahawa kes itu sendiri tidak mempunyai asas undang-undang.


"Hujah itu tidak lebih daripada percubaan untuk ibu memanfaatkan anak dalam kandungannya sebagai asas untuk dibebaskan daripada penahanan yang sah," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.124660 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list