|
SCALONI terus diberi kepercayaan membimbing Argentina. FOTO Reuters
Buenos Aires: Jurulatih yang membawa Argentina muncul juara Piala Dunia, Lionel Scaloni menandatangani kontrak baru hingga Piala Dunia 2026, jelas Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA).
Scaloni, yang mengambil alih pasukan pada 2018 dan membawa pasukan yang diketuai Lionel Messi mencipta kejayaan di Qatar Disember lalu, bersetuju dengan tawaran baharu itu tatkala di menghadiri Anugerah Terbaik Fifa di Paris.
Presiden AFA, Claudio Tapia dan Scaloni, sudah mengadakan perbinacangan untuk memuktamadkan lanjutan kontraknya sehingga 2026.
Scaloni, 44, berjaya membawa Argentina meraih trofi Copa America pada 2021 iaitu kejayaan antarabangsa pertama Albiceleste sejak 1993.
Beliau kemudian menjadi perancang untuk gelaran ketiga Piala Dunia buat negara Amerika Selatan itu dengan kemenangan penentuan sepakan penalti ke atas Perancis dalam perlawanan akhir di Doha.
Beliau mengambil alih jawatan jurulatih daripada Jorge Sampaoli selepas Argentina tersingkir di pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2018 di Rusia, dengan menjadi pengendali sementara sebelum menjadikan tugas itu miliknya secara kekal.
Pada masa itu, tidak semua orang mengalu-alukan kedatangan Scaloni yang bersahaja menerajui pasukan kebangsaan.
Mendiang Diego Maradona, yang juga bekas pengurus Argentina, memberikan penilaian yang sangat mengecewakan, walaupun memuji watak Scaloni tetapi memberitahu akhbar Clarin jurulatih itu tidak mampu memberi arahan dengan baik.
Scaloni tidak mempunyai pengalaman sebelum ini sebagai ketua jurulatih, dan hanya sepatutnya mengendalikan selama dua bulan bagi jawatan sementara tatkala persekutuan mencari pengganti Sampaoli.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ga-piala-dunia-2026 |
|