View: 1260|Reply: 8
|
[Dunia]
Suami tempah pelacur, yang datang isteri
[Copy link]
|
|
Suami tempah pelacur, yang datang isteri
SUAMI isteri berkenaan. FOTO Agensi
Beijing: Seorang lelaki di Xi An, China tidak menyangka pekerja seks yang dilanggan, rupa-rupanya adalah isterinya.
World of Buzz yang memetik laporan media tempatan China melaporkan lelaki itu baru kembali dari tempat kerjanya di bandar lain.
Disebabkan sudah lewat malam, dia bermalam di hotel berhampiran stesen kereta api sebelum melihat risalah khidmat seks diselitkan di bawah pintu biliknya.
Dia menghubungi nombor tertera pada kertas itu dan pekerja seks itu tiba tidak lama kemudian.
Lelaki itu bergegas membuka pintu bilik sebelum segera kembali ke katilnya dan menunggu untuk 'dilayan'.
Wanita itu kemudian masuk ke dalam bilik dan menanggalkan kot dan pelitup muka, namun apabila melihat lelaki itu, dia cuba melarikan diri.
Lelaki itu menghalang wanita berkenaan. Namun apabila pekerja seks itu menoleh, lelaki itu menyedari wanita itu sebenarnya isterinya.
Difahamkan, lelaki itu tahu isterinya sedang mencari pendapatan sampingan pada waktu malam.
Bagaimanapun, dia tidak mengetahui secara spesifik mengenai jenis kerja yang dilakukan isterinya itu.
Selepas mengetahui pekerja seks itu adalah isterinya, lelaki terbabit dilaporkan menghempas wanita terbabit ke lantai sebelum menendang dan menumbuk mangsa.
Jeritan dan panggilan bantuan wanita itu mencemaskan penduduk dan kakitangan hotel yang kemudian menghubungi polis.
Kedua-dua pihak kemudian dibawa ke balai polis.
Lelaki itu menghabiskan lapan hari di penjara dan didenda 400 yuan (kira-kira RM255).
Sementara itu, wanita terbabit ditahan di penjara selama tiga hari dan didenda 200 yuan (kira-kira RM127).
Akhbar The Sing Tao Daily dan Oriental Daily melaporkan pasangan itu adalah 'pasangan jarak jauh' dan mereka hanya bertemu semasa Tahun Baru Cina dan cuti musim panas setiap tahun.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... -yang-datang-isteri
|
|
|
|
|
|
|
|
ko pun same langgan pelacur lagi nak marah bini ko. tp perangai jantan mmg mcm tu, kat msia pun same, lelaki melayu especially mmg ego, dia curang boleh bini dia curang xboleh. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat editor cari ja yang suka buka thread bertindih2
|
|
|
|
|
|
|
|
berita betul ke hassanal bolkiah ni?
eeee kalau betul gelinyaaa laki ko dah celup2 kau yang dah di celup pelbagai tepung2 hingga menjadi cucur udang basi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekufu sgt somi isteri... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada https://b.cari.com.my//forum.php?mod=viewthread&tid=5148509&extra= |
|
|
|
|
|
|
| |
|