CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8208|Reply: 145

Tauke Restoran Borong Piza Wagyu Jofliam, 10 Kotak RM1500

[Copy link]
Post time 27-2-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita ini borong 10 kotak piza wagyu hasil air tangan usahawan dan pempengaruh media sosial (influncer) terkenal, Jofliam, dengan harga RM1,500!


"Alhamdulillah... finally piza wagyu Jofliam," tulisnya di video yang dikongsikan di Tiktok


Kata Ieda Asanudin, dia teringin untuk menikmati piza yang dijual oleh suami kepada penulis blog popular, Cik Epal itu selepas kerap melihat video perkongsian pengikutnya di media sosial.








"Apabila banyak kali lalu dekat timeline dan masuk For You Page (FYP) Tiktok, saya rasa macam nak cuba beli dan rasa. Lebih-lebih lagi mereka yang dah beli bagi review dan feedback bagus.


"Ada siap cakap beli satu tak cukup. Tapi saya tak tahu cara nak order... saya hantar mesej di Direct Message (DM) tapi tak berbalas. Hinggalah terjumpa satu video seorang follower yang share macam mana nak order.


"Rupanya Jofliam akan buat open order dekat Instagram pada waktu tertentu. Saya buat mode turn on notification supaya lebih senang alert, selalu refresh dan akhirnya berjaya order.


"Saya order pada Rabu 22 Februari lalu untuk slot pada Sabtu (kelmarin). Tempoh menunggu tiga hari tu memang excited sangat," kongsinya kepada mStar.







Ieda yang juga pemilik Restoran Matt Acca Ikan Bakar Petai di Geliga, Kemaman, Terengganu berkata, dia bersama suami dengan ditemani empat rakan lain bertolak ke ibu kota untuk mengambil pesanan piza selepas selesai berniaga pada malam sebelumnya.


"Jofliam yang datang hantarkan piza-piza tersebut. Orangnya sempoi... dia pesan, 'makan panas-panas, jangan tunggu sampai Kemaman'.


"Kami punya excited, selepas ambil piza, berhenti dulu di satu tempat untuk makan. Memang seperti yang dikatakan ramai, sangat sedap dan berbaloi dengan harga RM150 sekotak.


"Bagusnya, sampai Kemaman pun kesedapannya tetap maintain... staf saya sendiri akuinya," ujarnya lagi.


Ieda menambah, dia tidak kisah dan langsung tidak berkira wang ringgit jika melibatkan soal makanan.


"Bagi saya, bab makan jangan berkira. Macam saya, saya beli untuk kongsi dengan keluarga, kawan-kawan dan staf restoran. Kalau ada duit, saya tak kisah untuk spend. Orang kata, berbahagi rezeki.


"Alhamdulillah, komen-komen yang diterima pun positif. Cuma bagi yang belum ada peluang dan teringin untuk mencuba piza Jofliam, saya doakan mereka moga dimurahkan rezeki selalu.


"Saya sendiri pernah berada di tempat di mana langsung tak mampu beli barang mahal. Saya dulu cuma peniaga masakan panas di warung. Berkat usaha dan dengan izin Allah, dapat kembangkan perniagaan dan memiliki sebuah restoran bersama suami," katanya.


Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular, Ieda berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman di samping menyebarkan mesej tentang penting berkongsi rezeki sesama orang sekeliling.


"Bagi saya, kalau ada rezeki lebih, jangan kedekut untuk berkongsi dengan orang lain. Ada keberkatan daripada amalan itu," ujarnya lagi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 02:40 PM | Show all posts
kat mana rumah dia ni..cam nak try gak coz ramai ckp sedap
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:43 PM | Show all posts
NOT INTERESTED!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:50 PM | Show all posts
RM1500 tu dah mcm gaji sebulan yah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:50 PM | Show all posts
Aku kalau byk duit pun x berkira. X payah cakap
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:09 PM | Show all posts
sampai sini benang nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2023 03:11 PM | Show all posts
pizza kayangan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jopiam nim siapam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 03:24 PM | Show all posts
Ni cerita benar ya. Weols ada kawan yang kemain hupdate makan pizza heols ni time kat KL. Hujung bulan, duk gigih meminjam duit kawan-kawan untuk kelangsungan hidup.. yihhhh..  
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:27 PM | Show all posts
uih..1500 komitmen ku pny bil bulanan.. haha.. sempoi dia beli piza jek dah 1500..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa mahal sangat ke 150 untuk pizza?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:00 PM | Show all posts
mahei2....baik bli piza org2 susah buat tu pastu sedekah kot xmo mkn,...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:01 PM | Show all posts
Skarang mmg pesen orang makan/ngunyah record dekat2 depan camera
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:24 PM | Show all posts
Beli pizza nak kena bagitau 1 dunia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:25 PM | Show all posts
orang kampung punya taste..
kalu pizza hut dominos dorang kata sedap, pizza ni sure berganda sedap
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:26 PM | Show all posts
Ok je kalau sheols mampu. Wagyu kot. Sah2 mahal. Lagipun sheols sendiri kata sedap kan?

#donebekap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 04:29 PM | Show all posts
Mimo.mimo replied at 27-2-2023 03:32 PM
Tak rasa mahal sangat ke 150 untuk pizza?

katanya pizza wagyu..pastu letak safron ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:41 PM | Show all posts
pizza rm150 sekotak pun teringin nak beli, tapi dok meroyan kata duit takde, gaji ciput, sampai nak tarah habis duit kwsp!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:43 PM | Show all posts
nuralisa replied at 27-2-2023 04:29 PM
katanya pizza wagyu..pastu letak safron ..

dia letak saffron byk mana eh sampai mahal camtu? satu gram saffron pun dah berpuluh urat, and dlm rm22.  wagyu pun ada mcm2 level.  

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:47 PM | Show all posts
asamfish replied at 27-2-2023 04:43 PM
dia letak saffron byk mana eh sampai mahal camtu? satu gram saffron pun dah berpuluh urat, and dlm ...

ntahla.. tak sure...
x sampai lagi seru nak order pizza 150 tu..
mkn 1 x cukup.. beli 2 dah rm300
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055305 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list