CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4862|Reply: 64

Johan As'ari Nak Kahwin Dengan Usahawan Hartanah, "N Bukan Jenis Cemburu, Tak Suka Mengawal, Tak Perlu Telefon Setiap Hari"

[Copy link]
Post time 27-2-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Johan As’ari bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama seorang usahawan hartanah, pada hujung tahun ini.


Katanya dia sudah menjalinkan hubungan bersama gadis bertuah itu selama empat tahun.


Foto: IG




“Kami sudah kenal lebih empat tahun bermula dengan percintaan jarak jauh kerana sebelum ini dia belajar di London dan sekarang tinggal di Perlis.


“Selepas mengenali hati budi, kami ada perancangan untuk berkahwin. Andai dia memang jodoh saya, paling cepat hujung tahun ini,” katanya kepada Kosmo.


Hebat dalam menyembunyikan kisah percintaannya, Johan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita yang dikatakan lebih berusia daripadanya.


  



Johan juga sempat meluahkan hasratnya untuk memiliki empat cahaya mata.


“Buat masa ini saya kenalkan dia sebagai ‘N’ yang berusia 39 tahun, tetapi usia bukan halangan malah kematangan itu membuatkan saya selesa berdampingan dengannya.


“Percintaan kami pun bukan macam pasangan lain kerana dia masih menguruskan perniagaan di utara tanah air. Hanya kepercayaan dan ketulusan yang membuatkan hubungan kami terus utuh,” jelasnya.




  



Malah, pelakon itu turut menyifatkan kekasih hatinya itu memiliki kualiti yang menepati ciri-cirinya untuk dijadikan sebagai isteri.


“N juga seorang wanita yang pandai membawa diri, bukan jenis cemburu atau suka mengawal. Saya tak perlu telefon dia setiap hari kerana kami saling memahami.




  



“Sepanjang tempoh mengenalinya saya nampak kualiti dimiliki N yang membuatkan saya yakin dia calon suri hati saya,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 27-2-2023 11:15 AM

Selagi xkawin si johan ni, asyik la citer jodoh bertahun2 sudah
Eh jap2!
Gf yg ni ko pernah jumpa x?
Jgn jd pokcik jeri sudah
Last2 menunggu la dia di pelamin
Pengantin pompuan nya ntah ada ntah tidak
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah percintaan selebriti secara PJJ ini biasanya ada unsur-unsur Maya Darina.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:18 AM | Show all posts
Pernah serempak dia ni muka serius gilerrrr bukan sombong tau muka macam ada misi penting.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde gambar bersama, package sorok2 nama sebenar, topap pulak cerita2 gegak gempita sprti study abroad, anak orka, business juta2, haaaaiii huuuuu haaaaai. Jgn jadi Pierre Andre dah la yerk. Frust nonggeng tonggeng semua geng ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlis gak.. Acik azra ke maya 4.0?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2023 11:36 AM | Show all posts
bila cerita bau2 wangi mcm ni, pastu PJJ aku terus terbayang cerita jeri jera
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
perlissss adakahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 11:56 AM | Show all posts
hahahahahaa....... kena scammer juga ler tu nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Balik2 perlis & bisnes jota2  cam cerita megah holdings jugak  johan sehari nie modal cerita nak kawin jer,tak kan nak kawin dgn pompuan yg ada bisnes tapi diri sendiri berlakon pun tak setahun sekali
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:58 AM | Show all posts
eleh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Johan ni ada vibes kekejian sikit..mcm perasan best..haha..sungguhla xminat tgk dia blakon
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 12:10 PM | Show all posts
tak habis2 la cerita pasal betina je bila ada gosip pasal dia ni...

ye la nak puji bakat lakonan... lakonan kategori komedi sentiasa... dalam mat kilau pun terbahak2 gelak tengok memek muka kau nyahhh... boleh di katakan kaka mampu tengok pun sebab ada kau jah... kalau tengok scene abang kilau duk lontar dialog sambil beliak2 bijik mata memang kalih ke channel animal planet la gamaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bau hanyir ikan keli??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
chekacheku replied at 27-2-2023 12:04 PM
Johan ni ada vibes kekejian sikit..mcm perasan best..haha..sungguhla xminat tgk dia blakon

Tambah lg 1 perasan hensem. Dia ni kan yg tggalkan jering pegi dkt pompuan lain? Ke amar baharin shja?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamabr 1st yg pakai glasses tu mcm muka lecturer iols yg pondan yach!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 12:23 PM | Show all posts
Lom kawen lagi kah beliau? Sebelum PKP tu sebok gebang bercintah dgn tokey lembu katanyaaaaa... Macamkan dah tak menahan nak menikah gayanya.... Tapi tade plak share gambar.... scammer lembu kah?

Sunyi PKP ni dah agen hartanah jarak jauh pulak.....  

Hmmmm.....bang Jeri jugak yang kempunan gigit jari di bucu katil
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Agent hartanah? Dok perelis? Belajar kat london? Pjj? Harap2 bukan anak pak hamid la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 01:08 PM | Show all posts
hahahaha

aku baca je serasa dah dah menghidu bau-bau catfish. adakah bakal isteri tu ahli perniagaan, selalu terbang ke luar negara spt london amerika dan dubai? adakah dia pernah jadi manager kumpulan muzik terkenal, kini menghasilkan lagu dan lirik utk artis terkemuka serta pandai menulis novel?

hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 01:16 PM | Show all posts
Perthlis kan 8 orang je penduduknya...sapa rajin, tumpahkanlah teh ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.134064 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list