CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1493|Reply: 10

Model Janji Nak Bogel Naik Bas Kalau Napoli Menang UEFA

[Copy link]
Post time 25-2-2023 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Seorang model membuat pengumuman mengejutkan apabila berjanji akan melakukan sesuatu yang gila sekiranya kelab bola sepak Napoli menang Piala Liga Juara-Juara Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).


Menurut Kosmo! yang memetik laporan Daily Star, Paola Saulino, 33, berjanji untuk meraikan kejayaan kelab bola sepak itu dengan menaiki bas di bandar raya Napoli, Itali dalam keadaan tanpa seurat benang.


Daily Star




“Saya boleh katakan kepada pembaca Daily Star bahawa saya akan melakukan sesuatu yang gila dan meraikannya. Saya akan menaiki bas dalam keadaan bogel.


“Ia adalah sesuatu yang saya boleh dan mampu lakukan. Sejujurnya,  saya tidak fikir menyewa bas adalah perkara  paling mahal di dunia. Saya fikir dengan kemungkinan €3,000 (RM14,068) saya akan melakukannya dan saya boleh menghubungi orang yang boleh menyewakan saya bas atau boleh menyediakan perkhidmatan ini,” katanya.


Pada September tahun lalu, Napoli menewaskan Liverpool 4-1 untuk mara ke pusingan kalah mati yang berjaya disertai 16 kelab bola sepak Eropah.


Dalam perlawanan pertama pusingan 16 itu yang berlangsung dalam minggu ini, Napoli berjaya mengalahkan kelab bola sepak Frankfurt dari Jerman dengan keputusan 2-0.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2023 04:14 AM | Show all posts
tekan link ini
https://shrinke.me/JDTVSULSAN
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni bijak sikit dari peminat sepakbola tanahair negeri selatan.
Berbogel didalam bas yg disewa khas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Org sana tak heran dah kot tgok bogel .lain laa kat key el
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kalah kang dikatakan napoli kena the paola curse.. giteww?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 12:00 PM | Show all posts
buduhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala zmn skang dah x heran la kalo ko bogel pun
Kt internet ni belambak porn site sume bogel
So apa beza dgn ko??
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dah modify okay lerrr
yang saggy2 kasi up balik gitchewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 26-2-2023 07:59 AM
Minah ni bijak sikit dari peminat sepakbola tanahair negeri selatan.
Berbogel didalam bas yg disewa  ...

Mana pg dh mamat tu? Alasan X jd bogel sbb dgr setaz ckp benda x elok jatuh x wajib buat gamaknya....mmg hanat ...... dh serupa lobai baiah cerai bini otomatik talak 3 klau kuar paspispus....dh kuar parti elok je dgn bini lama...x tau la dikira zina atau cmne
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 26-2-2023 06:40 PM
Mana pg dh mamat tu? Alasan X jd bogel sbb dgr setaz ckp benda x elok jatuh x wajib buat gamaknya. ...

Lepas team kalah terus semput secara alami.
Ada la alasan pi klinik uzur, tak perlu bogel KL-Jamaika.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 09:22 AM | Show all posts
Bogel2 ni sooo yesterday yacchhh mcm siggy meolls.. ekekek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.088027 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list