View: 1767|Reply: 15
|
Ribuan Pelajar Sekolah United Kingdom Cetus Kekecohan, Serang Guru Kerana Dilarang Guna Tandas
[Copy link]
|
|
Ribuan pelajar sekolah United Kingdom mencetuskan kekecohan kerana tidak berpuas hati dengan dasar baharu penggunaan tandas di sekolah.
Mirror.com dipetik Utusan melaporkan, peraturan baharu itu melarang pelajar menggunakan tandas dengan mengunci tandas sewaktu sesi pembelajaran dan pada waktu rehat.
Difahamkan, polis dipanggil ke beberapa sekolah hari ini selepas keadaan menjadi tegang berikutan kekecohan yang tidak terkawal dengan amukan pelajar.
PARA pelajar menterbalikkan meja di Akademi Penrice di Cornwall. -AGENSI
Menurut laporan, polis dari unit mencegah rusuhan hadir ke Sekolah Richmond di North Yorkshire menyatakan guru di sana didakwa ditolak, dipukul serta ditendang manakala sebatang pokok dibakar.
Para pelajar di sana turut mengeluarkan alat pemadam api, menendang pintu dan memecahkan tingkap sekolah.
Difahamkan protes itu dirancang menerusi aplikasi TikTok selepas peraturan baharu itu diumumkan.
Sementara itu, dalam satu kejadian di Akademi Penrice di St Austell, Cornwall, meja diterbalikkan dan seorang guru dicabut rambutnya selepas demo diadakan petang tadi.
Selepas mengumumkan penganjuran protes itu dalam media sosial petang semalam, pelajar sepakat berkumpul beramai-ramai hari ini dan menurut saksi, situasi hari ini menjadi tidak terkawal.
Malah, seorang pelajar dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tercabut rambut? Huhuh terus teringat trailer evil dead rise. Kemurungan seminggu meolls lepas tengok trailer tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh lah kut sekolah buat camtu kalau tak kasi langsun sebab itu basic human needs. Ataupun most time kunci tapi kalau student nak pergi time lessons boleh minta kunci dr teacher. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 ni ada buat hal ke sebelum ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pentingnya penggunaan tandas buat mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab apa tak boleh pergi toilet |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah aku dulu ada buat tandas berkunci ni. hanya untuk para guru sahaja. semua cikgu dapat kunci spare. dah ler cikgu berpuluh orang, gigih benor
tandas murid, lubang lantai tersumbat, lantai berair, lecak, tapi budak guna jugak sebab takde pilihan nak terkencing, terberak
bau jangan cakap la, memang student semua buat u-turn jauh, taknak jalan depan tandas tu
itupun ada student gila, sebab cubicle toilet kotor, dia tak sanggup nak masuk, dia bantainya berak dalam sinki basuh tangan. sampai sekarang tak tau sapa
batch kitorang dah habis sekolah, kes tu still ada. so memang kami suspect, di kalangan junior lah
kawan aku, dia tak tahan nak terberak. tiba2 jerit, "DAH HABIS BUFFER!", lepas tu flying kick pintu berkunci tu. berak kat tandas cikgu. settle, dia puji melambung toilet cikgu bersih, wangi. tapi daun pintu jahanam. tombol berderai kena tendang
|
|
|
|
|
|
|
|
Celaka apa tak bagi guna tandas
Gila ke |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 26-2-2023 12:32 AM
sekolah aku dulu ada buat tandas berkunci ni. hanya untuk para guru sahaja. semua cikgu dapat kunc ...
Bab vera kincing ni jgn di larang2. Gila apa nak kunci2. Tp kalau cikgu PRC nak kunci2 xde hal la. Luar kelas tepi2 tu je murid dah settlekan hajat |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 26-2-2023 12:32 AM
sekolah aku dulu ada buat tandas berkunci ni. hanya untuk para guru sahaja. semua cikgu dapat kunc ...
Acik dulu sekolah budak2 nakal ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kerap lepak dalam toilet ke sampai kena kunci macam tu?
Awat pi bantai cikgu... pi la bantai guru besar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
smk harian biasa ja. tapi budaknya banyak jadi setan waktu tu, sebab trend movie rempit dengan gangster rosak budak2 terpengaruh
|
|
|
|
|
|
|
|
apa punca peraturan tu dibuat? |
|
|
|
|
|
|
|
gila apa x bg guna toilet. elok berak dalam bilik guru baru padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin students banyak beromen kat toilet..ponteng lepak dan lelain yg sewaktu dgnnya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|