|
BUKAYO SAKA
LONDON: Pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka bersetuju untuk kekal di Emirates dan dijangka menikmati gaji termahal.
Kontrak Saka, 21, akan tamat hujung musim ini, dan kelab seperti Manchester City sudah cuba memancingnya.
Saka yang dicungkil bakatnya menerusi Akademi Bola Sepak Arsenal antara tonggak yang membantu membantu Gunners menerajui Liga Perdana Inggeris ketika ini.
Dia dibayar 70,000 pound (RM373,000) seminggu ketika ini dan kelab sedia menaikkan 130,000 pound (RM693,000) gajinya untuk membolehkannya menikmati 200,000 pound (RM1.06 juta).
Selepas berjaya mengikat Saka, tumpuan Arsenal kemudian menyediakan perjanjian lumayan bagi mengekalkan pertahanan tengah, William Saliba yang tamat kontrak tahun depan.
Sama seperti Saka, Saliba menjadi taruhan pengendali Gunners, Mikel Arteta di benteng pertahanan dan antara faktor kecemerlangan pasukan musim ini.
“Perancangan kami ketika ini adalah melanjutkan kontrak pemain-pemain bintang, dan memberi komitmen kepada mereka untuk masa depan.
“Kami telah bermula dengan Gabi (Martinelli), dan ia sesuatu yang bagus.
Yang lain akan menyusul, namun kami juga perlu persetujuan mereka dan kena memenuhi jangkaan semua pihak,” kata Arteta.
Saka bukan sahaja mengukuhkan namanya dalam skuad Arsenal, malah pemain penting England. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... rmahal-the-gunners/ |
|