View: 1289|Reply: 9
|
'Janganlah Terbalik' - Naim Seru Orang Ramai Tak Tiru Aksinya Di AJL37
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, 25, mengulas tindakan seorang pelanggan karaoke cuba meniru aksi nyanyiannya di Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), baru-baru ini.
Naim ketika ditemui berkata kepada Harian Metro, dia sudah menonton video tular di TikTok itu dan menyeru orang ramai agar tidak meniru aksinya dengan sewenang-wenang tanpa pengawasan pakar.
IG
"Janganlah terbalik. Kalau nak buat apa ke, itu atas risiko diri sendiri. Saya datang atas kapasiti persembahan profesional saja.
"Saya membuat persembahan itu (tergantung dengan kepala ke bawah dan kaki di atas) dengan persediaan lengkap di mana ada pakar perubatan sudah disediakan di belakang pentas, tahap pernafasan saya juga diperiksa lebih dulu dan boleh dikata semuanya diatur rapi.
"Ia bukan benda yang boleh dipandang enteng macam itu saja. Umpamanya, kalau Naim boleh buat, aku pun boleh terbalik. Persediaan rapi dalam pelbagai aspek perlu ada, termasuk insurans diri," katanya.
IG
Justeru, Naim memohon orang ramai tidak meniru cara nyanyiannya di AJL37 kerana berkait rapat dengan faktor keselamatan diri.
"Sekali lagi, saya tidak menyeru semua untuk meniru sebarang aksi itu, serta pernah menghebahkan agar kita buat 'challenge' (cabaran) dan sebagainya. Apa yang dibuat itu (di AJL37), hanyalah satu inteprestasi atas persembahan saya.
IG
"Tapi, apa yang mereka (orang ramai) cuba lakukan itu pula atas risiko dan pemerhatian 'content' sendiri. Sebabnya, saya pun dah tengok video di karaoke yang tular itu dan jujur diakui, rasa risau jugalah," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni baik sgt belajar kt mana ehh ckp baik baik sokmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm AJL ni, aku tak perna tgk dia nyanyi. Mcm malas gitu nk tgk. Tapi lepas AJL tu, aku dgr lagu2 dia yg lain. Sedap jgk. Suka dgr apa yg dia ckp jgk. Nmpk bijak.
|
|
|
|
|
|
|
|
SayaSayangMama replied at 24-2-2023 04:13 PM
dia ni baik sgt belajar kt mana ehh ckp baik baik sokmo
Mmg baik budak ya.. Agaknya parents dia pun ckp gaya dia jgk |
|
|
|
|
|
|
|
dia grad uitm music composition
|
|
|
|
|
|
|
|
ya, bahaya bukan lah sebab menyanyi terbalik tu... tapi takut juga tiba2 ada kemalangan bila gigih membuat semua tu demi content, hujung2 terpleot dan jatuh mati katak gitu jah... syahid pun tidak...
jadi ayam hanya cuba bagi amaran agittewww... apa2 pun kaka harap ko ambil job berlakon banyak2 lagi dik dari menyanyi sebab lakonan kau letopz yach kat phc... nyanyi2 pun hujung2 di baginya si sengau menang... buang boraih jah... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak bijak dan baik naim ni.. Betul la he bgtau tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia patut buat kelas communication kt artis lain la ajar mcmne nk menjawab macamna nk bercakap… supaya artis lain xnmpk bodo dan tak beradap |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bawa watak apa pun menjadi..watak oku superb smpai nangis² akak..watak sutun pun menjadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Mne video karok terbalik yg viral tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|