CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5058|Reply: 4

Pokok mati akibat WiFi

[Copy link]
Post time 25-11-2010 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Pokok mati akibat WiFi

GAMBAR menunjukkan pokok ash.



ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.


Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.


Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.


Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.


Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.


Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2010 12:49 PM | Show all posts
interesting info...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 02:59 PM | Show all posts
yup..radiation maybee..ada effect pada manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 07:56 AM | Show all posts
Reply 1# chewan


    Kajian pasal wifi @ electromagnetic field (EMF) ni pernah dikaji oleh pasukan Treehugger berkenaan dengan EMF dekat pokok maple.

Kajian tu pd mulanya sebagai 'April Fool' entry pada tahun 2007. Situasi yg mereka lihat selepas pemerhatian:

1) Cabang Y pada pokok maple:






Kesan Eletrobonsai-Effect dekat Toronto, Canada.



--close up--





2) Control group (tanpa kehadiran EMF)



+++++

nampaknya kajian mereka terbukti benar 3 tahun kemudian....

Treehugger mula menulis entry berkenaan " Is wifi killing our tree? "

Kajian Dutch dekat Wageningen University membuat kajian yg 'abnormalities' pada pokok itu tidak boleh dijelaskan sama ada virus atau bakteria infeksi. Namun, pihak universiti itu gagal menemui jawapan kenapa pokok-pokok jadi macam tu.

Tak lama lepas tu, Washington University dekat St. Louis mengeluarkan kenyataan yg meyakinkan bahawa radisi  wi-fi sebenarnya menyebabkan 'abnormalities' pada pokok dan mereka membuat kajian pada sap pokok, kulit pokok dan pelbagai serangga yg menetap di sekitar pokok tersebut. Hasil kajian menunjukkan pokok-pokok yang terdedah pada teknologi RF (Radio Frequency ) seperti wi-fi mati selepas setahun terdedah kepada RF itu.

Sebab tu la mereka menyarankan supaya wi-fi tidak digunakan di sekitar 10 batu dari mana-mana pokok.

so, impak kepada manusia? fikir2kan la.....

bukan takat wi-fi, handphone pun kalau boleh kena jarakkan sedikit dr kita...mksdnya tak boleh la terlalu lama terdedah kepada gadgets tu.



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 08:03 AM | Show all posts
Info pasal treehugger:

TreeHugger is the leading media outlet dedicated to driving sustainability mainstream. Partial to a modern aesthetic, we strive to be a one-stop shop for green news, solutions, and product information. We publish an up to the minute blog, weekly and daily newsletters, weekly radio interviews, and regularly updated Twitter  and Facebook pages.

Credit to:Treehugger
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159660 Replies : 3912
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19264 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25782 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.499346 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list