|
Raysha Rizrose yang sah bergelar isteri kepada Nabil Jeffri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu, lapor Xtra.
Raysha yang berkahwin di sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, malam tadi berkata, ia berikutan kekangan masa untuk menyelesaikan beberapa tuntutan kerja.
Media Hiburan
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah, sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang.
“Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu. Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini,” katanya.
Soal anak pula, pasangan itu tidak merancang sebaliknya menyerahkan segalanya kepada rezeki.
Susulan perkahwinannya itu, Raysha akui akan menjadi lebih selektif dalam memilih watak demi menghormati suaminya, Nabil. - CARI
|
|