View: 14225|Reply: 107
|
Dengan Sekali Lafaz, Raysha Rizrose Kini Sah Bergelar Isteri Nabil Jeffri
[Copy link]
|
|
Dengan sekali lafaz, pelakon jelita, Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba Formula 3, Nabil Jeffri, 29, kira-kira 8.52 malam tadi di sebuah hotel terkemuka ibu negara.
Memilih tarikh 22. Februari. 2023 sebagai hari bahagia, pasangan pengantin ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, seperti mana dipetik daripada laporan Media Hiburan.
Cantik menawan mengenakan persalinan rona putih rekaan Teh Firdaus dan ditatarias oleh Syed Faizal Syed Noh, adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ini meluahkan kesyukuran kerana segala perancangan berjalan dengan lancar.
“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan.
“Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,”ujarnya.
Cerita Raysha atau mesra disapa Dada, dia dan suami berkenalan pada tahun 2013 di laman Twitter sewaktu masih menuntut di sekolah menengah.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” katanya.
Dalam pada itu, Dewi Remaja 2014/2015 turut berkongsi tarikh lamaran Nabil yang terpateri pada 16 Ogos 2022.
“Momen dan detik itu masih berbekas di hati. Ini kerana lokasi lamaran berkenaan terjadi di tempat sama dia melamar saya sebagai kekasih, iaitu di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor kira-kira sedekad lalu,”ceritanya.
Terdahulu, Raysha dan Nabil melangsungkan pertunangan pada 22 Disember secara tertutup tetapi baru sahaja berkongsi kepada umum pada 14 Februari lalu.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengantin baru ini.Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah semoga bahagia hingga ke akhir hayat |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..even cantik lg masa bertunang... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh cepatnye...naper tak esok jer...23.02.2023. Anyway congrats both ...semoga aman2 jer hubungan suami isteri ni. Pening tengok ramai sgt bergaduh skrg... |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Pengantin Baru Raisya dan suami |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry lagi suka baju tunang
Tolongla baju reception anzalna 2.0 |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Pengantin Baru Raysha n hubby
kuat jodoh derang kenal masa sekolah menengah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Raysha & Nabil.
|
|
|
|
|
|
|
|
aikkk dah kawen..cepatnya.rasa baru je baca bertunang hari tu..diam2 je dah kawen. tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Tapi lagi cantik lepas rambut. Tak sesuai sanggul. Tapi tetap cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
hak ah..adik beradik dia semua cantik2
|
|
|
|
|
|
|
|
senrose tu mak ayah uqasha ngan nelydia...raysha ni adik tiri deyouls, satu mak lain apak.tu apak raysha yg dalam video tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah!
Tp kenapa lighting xcantik mcm masa tunang aritu
Majlis aritu semua npk cantik, warna, lighting tu semua nampak lebih menyerlah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Mamiyan at 22-2-2023 11:05 PM
Nape iollss rase majlis tunang dia lagi grand dari majlis kahwin ni.
Baju tunang lagi cantik dari baju kahwin. Makeup pun lagi meletop makeup tunang dia dari makeup kahwin
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah
Taste dia unik okay
But rambut masa tunang lagi lawa |
|
|
|
|
|
|
|
lah kawen dah
semoga kekal ke akhir hayat. Sheols takde gosip murahan so good for her |
|
|
|
|
|
|
|
winky1 replied at 22-2-2023 10:37 PM
Senrose tu siapa
gabungan nama mak ayah. Sen (ayah) + rose (mak)
kalau raysha ni ayah dia Riz + rose (mak)
tak silap iols gitu la asal usul nama tu |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 22-2-2023 10:44 PM
Tahniah!
Tp kenapa lighting xcantik mcm masa tunang aritu
Majlis aritu semua npk cantik, warna, ligh ...
maybe sebab official photo belum keluar kot. Yg tunang haritu kan sheols share gambar rasmi je dlm dewan |
|
|
|
|
|
|
| |
|