CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

Projek 'Modern Muse' Abadikan Imej Marilyn Monroe

[Copy link]
Post time 22-2-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Projek NFT baharu yang dipanggil Modern Muse akan mengabadikan imej mendiang ikon Hollywood Marilyn Monroe seperti diumumkan pada Selasa.


Marilyn Monroe Estate yang membuat pengumuman itu bekerjasama dengan duo seni Zeblocks - peneraju dalam ruang NFT dengan tiga koleksi berjaya - untuk melancarkan seni digital itu.




Twitter




"Kami berterima kasih kepada Marilyn Monroe Estate kerana memberikan kami kepercayaan dan keistimewaan untuk menjayakan projek tokoh ikonik yang disayangi itu," lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zeblocks.


"Kecantikan abadinya, bakat yang tidak dapat dinafikan dan warisan yang berkekalan terus memikat dan memberi inspirasi kepada generasi demi generasi, dan kami berbesar hati dapat memain peranan dalam memelihara dan berkongsi kisahnya dalam dunia moden," kata Zeblocks.


Marilyn Monroe, pelakon Amerika yang sinonim dengan watak berambut perang khususnya pada tahun 1950-an dalam filem seperti Gentlemen Prefer Blondes atau How to Marry a Millionaire. Dia juga memenangi pujian kritis untuk Some Like It Hot dan untuk peranannya dalam Bus Stop.


Monroe meninggal dunia pada tahun 1962 pada usia 36 tahun, akibat lebihan dos ubat.




Menurut Zeblocks, seni digital baharu itu menggabungkan imej ikonik Monroe yang dihasilkan daripada filem-filemnya dengan pendekatan inovatif Zeblocks dalam NFT.


"Kami telah menampilkan semula Marilyn Monroe melalui seni generatif dan teknologi blockchain, menurut duo seni itu dalam tweet pada Selasa. Setiap NFT unik itu akan disimpan 100% pada Ethereum (on-chain), membawa Marilyn Monroe ke titik pertemuan seni dan teknologi," tambah beliau.


Pas keanggotan digital untuk Muse Moden: Marilyn Monroe x Zeblocks dilancarkan Khamis di pasaran OpenSea NFT.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.647065 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list