View: 3062|Reply: 30
|
Masih Tak Glamour, Fara Nadiah Rela Sendu Daripada Glamour Sebab Kontroversi
[Copy link]
|
|
Sejak kecil dah teribat dalam dunia hiburan, pelakon Fara Nadiah bagaimanapun akur nama masih belum cukup popular berbanding rakan-rakan artis yang baru sahaja muncul dalam industri.
Percaya pada rezeki, Fara atau Farah Nadiah Zulkifli, 22, dalam masa sama enggan mengambil jalan mudah dengan sengaja mencipta kontroversi supaya lebih dikenali.
Foto: IG
"Mungkin bukan rezeki saya untuk menjadi popular seperti rakan artis yang sama usia. Saya percaya suatu hari nanti akan sampai tahap begitu. Saya percaya pada rezeki.
"Sebab itu bukan sahaja perlu menjaga kualiti dalam lakonan, kita juga haruslah berusaha untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi dan dikenali.
"Saya memang cuba untuk elak dari terlibat dengan sebarang kontroversi. Namun kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Kalau boleh tak mahu nama dikenali dek kerana perkara viral yang tidak elok," katanya kepada mStar.
Tidak menolak kontroversi juga sebagai satu jalan 'marketing, Fara bagaiamanapun menganggap ia tidak perlu berlebihan sehingga melibatkan banyak pihak.
Dalam masa sama dia juga yakin media sosial adalah medium terbaik untuk mempromosikan diri di zaman kini.
"Memanglah kontroversi satu perkara bagus untuk marketing, tetapi janganlah keterlaluan sehingga melibatkan ramai orang.
"Kita pun tak boleh nafikan ramai yang suka kontroversi. Namun kalau ada yang rancang nak buat sebegitu cukuplah sekadar dilakukan dengan orang terdekat sahaja.
"Bagi saya kita perlu menjaga nama. Sebab itu saya lebih fokus kepada di sosial media. Dari situlah lebih ramai orang boleh kenal sekarang ini. Ada yang tidak mengenali saya sebagai pelakon tapi tahu saya sebagai influencer,"ujarnya.
Sebagai seorang yang telah memulakan kerjaya di usia muda, Fara turut berkongsi nasihat supaya mementingkan bakat bagi jika mahu serius terlibat dalam industri.
"Berlakon ini memerlukan bakat. Kepada sesiapa yang mahu terlibat dalam industri perlulah ada bakat kerana ia sangat penting," jelasnya.
Terbaharu Fara tampil dengan filem berjudul Irama Kita yang bakal ditayangkan di aplikasi Tonton.
Selain Fara, filem arahan Izuan Mokhtar itu turut menampilkan Aiman Tino, Kahoe Hon dan Ahmad Adly sebagai pelakon utama. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 21-2-2023 02:11 PM
who are yusss????
Knp lately nih byk sgt org whoareyusss yg claim dia retis ye??
Ke TT promote diri sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni takde la who r yus sgt,cuma tak memorable.masa dia kecik selalu jgk berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
x cukup cun or lakonan belum meletups.. itu ajee.. kalo cun lain mcm cepat aje org ingat...settled.. kontroversi tu kalo nak meletups cepat taraf gunung berapi krakatoa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lagi satu budak kenit yang try hard nak kelihatan wanita dewasa
Terpaksa berpush up dan menonggek bagai utk bgtau dia ada aset walaoponnn |
|
|
|
|
|
|
|
sheols macam fimie don, dh lama dlm industri tapi tak menyerlah sangat. Waktu dia kecik dulu banyak gak cerita dia berlakon tapi bila dh besar sikit makin kurang |
|
|
|
|
|
|
|
Dia banyak je berlakon dalam astro ceria dulu. So yang kenal heshe kira selamat yach sebab anda tak perlu titik estee lauder advanced night repair tetiap malam, masih muda anjal gittew!
Yang tak kenal tu ajommmmm ikut kaka ke kaunter estee lauder esok dekat sogo. Kita beli set advanced night repair yang RM510, takde duit takpe, kita berhutang dulu. Asalkan cantik sebelum berduit. Loan dah lepas atau duit zakat masuk nanti kita bayar lah. Agittewwww!!!! Prinsip masyarakat Malaysia, asalkan cantik walaupun papa kedana. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha kalau tak kita turun dijalanan mintak keluar KWSP
|
|
|
|
|
|
|
|
First pic tu nape level2 influencer rempit pakai berlayer2 naik Genting.
Pics lain2 pulak nampak sheols macam typical teens yang kalau berselisih dekat cafe hipster pun takde orang heran. |
|
|
|
|
|
|
|
X kenal..tp tgk picca kat sini lawa jgk..kira lawa la dr migha basik,adek rustina tu..erk blh x klu sis ckp, lawa dr nowa..melampau x? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi lakonan sheols ok gak. Even dari zaman budak2 dulu pun dia takde la kayu. Kira memang berbakat la. |
|
|
|
|
|
|
|
biashe2
makcik2 forum lg hawt |
|
|
|
|
|
|
|
Besau dh budak ni ghopenyer |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo dah 22!
Pelakon kanak2 ni buat kita rasa diorang xpernah dewasa gitu |
|
|
|
|
|
|
|
dh beso erk budak nih.. alahai.. aku ingtkan kecik je lgi..
dh 22 yee... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je rasa sheol digosipkn brgmbr peluk dgn shafi naswip tu. Rasanya msa tu baru umur 13/14 kot. Shafi kata anggap mcm adik sndiri. Tetiba dah 22 taun dah. Rupanya dah lama dah gosip tu |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni start dengan tom tom bak pak nil yg dulu2 ada scene budak2 tunjuk bakat. Kalau x silap masih sekolah rendah. Lepas dr tu dia start belakon. Yg aku ingt dia berlakon jadi budak lembam dengan uqasha dan kamal adli. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols minat sgt tengok muka comel budak api dan abah tu. Tp tu dulu la.. sekarang mcm busuk. Tapi kalau heols hulur, iols sambut jah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jadi nak whoareyus, macam ingat muka dia waktu kecik, tapi taktau nama. dah besar dah tak comot dah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|