CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

Makan Melalui Tiub, Ibnor Riza Dah Sedar Dan Boleh Bercakap

[Copy link]
Post time 21-2-2023 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Isteri Ibnor Riza, 62, iaitu Sarimah Sulaiman memaklumkan keadaan penyanyi popular era 80-an semakin baik dan sudah sedar serta boleh bercakap.


Sarimah, 51, dilaporkan Harian Metro, hanya mengetahui suaminya mula sedar dari ditidurkan ketika melawat di hospital pada jam 1.15 petang semalam.




IG




"Suami sudah boleh makan melalui saluran tiub dan hanya dibenarkan minum susu sahaja.


"Jika keadaan kesihatannya bertambah baik, doktor akan memindahkannya ke wad biasa," katanya kepada Harian Metro.


Bagaimanapun, Ibnor masih ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan pemantauan doktor dan keluarga menghadkan hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan melawatnya.


"Insya-Allah, jika suami sudah dipindahkan ke wad biasa, barulah kami benarkan orang ramai termasuk rakan artis dan peminat untuk melawat," katanya.


Ibnor dilaporkan dimasukkan ke Hospital Port Dickson dan ditidurkan selepas pengsan pada Ahad lalu. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.039426 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list