CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

Tengku Zafrul Sahkan Dipanggil SPRM, Sedia Bagi Kerjasama

[Copy link]
Post time 20-2-2023 06:56 PM | Show all posts |Read mode
BERNAMA melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan beliau dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.


Tengku Zafrul hari ini menyatakan kesediaannya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan akan berjumpa pihak agensi itu dalam masa terdekat.


FB




Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina MITI dan agensi hari ini bagaimanapun, tidak mendedahkan sama ada ia berkaitan projek Jana Wibawa yang sedang disiasat pihak SPRM.


Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memanggil bekas Menteri Kewangan itu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.


Menurut Tengku Zafrul, sepanjang pengetahuannya semasa menerajui Kementerian Kewangan sebelum ini, tiada 'perbelanjaan' yang tidak sepatutnya berlaku.


"Tapi itu setakat pengetahuan saya, biarlah SPRM buat siasatan mereka," katanya.


Catatannya di Facebook semalam juga menjelaskan tiada apa perlu disembunyikan dan beliau sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.256754 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list