CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 5

Lubuk Duit, Kerja Jadi Tukang Gunting Rambut Boleh Dapat RM1500 Sehari

[Copy link]
Post time 20-2-2023 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Kerjaya sebagai tukang gunting rambut yang dahulunya dipandang lekeh kini menjadi tarikan apabila kebanyakan institusi kemahiran kerajaan atau swasta padat dengan pelatih ekoran ia kini menjadi salah satu lubuk memperoleh pendapatan lumayan.


Difahamkan, tukang gunting rambut mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1,500 sehari ketika di penghujung musim cuti sekolah.


Presiden Persatuan Penggun­ting Rambut Bumiputera Malaysia, TN Winda Mohd. Tahir berkata, hampir kesemua pusat kemahiran milik kerajaan atau swasta yang menawarkan kursus menggunting rambut sudah penuh.




Foto: Kosmo




Katanya, kerjaya menggunting rambut kini dianggap sebagai profesion kerana bukan semua orang memiliki kemahiran itu.


“Ia bukan sahaja minat, kemahiran dan teknik tetapi lebih kepada kepuasan pelanggan.


“Berdasarkan rekod kita, kebanyakan institut boleh dikatakan penuh sehingga banyak kedai atau akademi kecil menawarkan kursus secara terbuka pula kepada mereka yang berminat,” katanya kepada Kosmo!


Menurut Winda, Giat Mara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara menawarkan kursus antara enam hingga dua tahun tetapi bagi akademi, ia lebih murah dan hanya belajar dalam tempoh 14 hari bagi menampung permintaan yang tinggi.


Tambahnya, kerancakan itu telah mengubah persepsi terhadap kerjaya tersebut dan dalam masa sama membuka peluang kepada belia untuk menjadi usahawan.


“Ada juga tukang gunting yang mempunyai ijazah dan diploma dalam bidang lain tetapi memi­lih kerjaya itu sebagai pekerjaan hakiki kerana minat,” katanya.


Bagaimanapun, ujar Winda, tukang gunting terutamanya majikan perlu memastikan industri itu berkembang terutama dalam aspek kesihatan dan kualiti.


“Jaga prosedur operasi stan­dard kerana hama yang ada pada rambut boleh memberi kesan jangka panjang. Majikan perlu mengenal pasti tahap kesihatan tukang gunting bagi menjamin kualiti dan pastikan imej babershop dijaga,” katanya yang kini mempu­nyai 500 ahli beraftar.


Sementara itu, di Kota Bharu, pengusaha Koboi Baber Shop, Ahmad Fathi Atiqi Mat Jali, 32, berkata, dia pernah mendapat RM1,500 sehari apabila kedai­nya diserbu ketika penghujung musim cuti sekolah lalu.


“Ketika itu saya perlu gun­ting rambut lebih 100 pelanggan berbanding hanya kira-kira 40 orang sebelumnya. Memang berbaloi dan saya bersama lapan lagi pekerja tak menang tangan menggunting rambut walaupun penat,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Enggang.


Menurut Ahmad Fathi Atiqi, biasanya dia hanya memperoleh sekitar RM400 sehari dengan kadar bayaran yang dikenakan ialah RM10 (kanak-kanak) dan RM15 (dewasa).


Tambahnya, lapan pekerja yang dimilikinya ketika ini masih belum cukup hingga ada kalanya dia perlu bekerja lebih masa melebihi pukul 12 tengah malam.


Seorang pelanggan, Iskandar Zulkarnain Abdul Hakim, 15, berkata, dia memilih kedai itu kerana hanya mereka yang memehami cita rasa dan gaya potongan yang dikehendakinya.


“Saya datang tiga bulan sekali agar rambut sentiasa pendek dan kemas,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 10:05 AM | Show all posts
patut la azri walter boleh survive, main business dia buka kedai gunting rambut
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:38 AM | Show all posts
lumayan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:14 PM | Show all posts
barber / saloon ni mmg ler lumayan dari dulu. aku trim rambut every month, kdg kalau tak puas hati sebulan 2x trim rambut, belum masuk nnt buat treatment la color la, cuci rambut la, styling etc.

aku punya fav hairdresser pernah ckp gaji dia 5k hihihi tu junior level tau bukan sr exe or director level
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:27 PM | Show all posts
Edited by Jitu at 20-2-2023 03:29 PM

aku gunting sendiri je jimat
tp takde la nak fesyen2 kpop ke apa
sikat belah tepi je tp aku bukan mcm Hanafi tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 08:29 AM | Show all posts
totokreturn.: patut la azri walter boleh survive, main business dia buka kedai gunting rambut


tapi dia sndri botak. henyak sampai lunyai! gitohhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.061268 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list