CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Sarawak] Tanah runtuh belakang Rumah Jugin, penghuni enam pintu bilik bimbang

[Copy link]
Post time 18-2-2023 10:26 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan tanah runtuh di belakang Rumah Jugin, Punggang Batang, Ulu Kanowit Julau.
JULAU: Penghuni enam pintu bilik di Rumah Jugin, Punggang Batang, Ulu Kanowit Julau bimbang dengan insiden tanah runtuh yang berlaku di bahagian belakang rumah panjang tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, kejadian itu berlaku pada 3 Februari lalu, namun tuai rumah panjang tersebut membuat laporan kepada pihak bomba pada 9 Februari.

"Pihak bomba mahu bertindak segera susulan laporan itu, namun hasrat tersebut terpaksa ditangguh kerana jalan menuju ke rumah panjang terbabit rosak dan tiada pandu arah yang tepat menuju ke lokasi.

"Namun semalam (Khamis), kita telah dapat melakukan pemeriksaan di lokasi dan tanah runtuh didapati berlaku di lereng bukit di belakang rumah panjang berkenaan," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Bilik yang berisiko terjejas ialah bilik nombor 13 yang didiami tiga penduduk, bilik nombor 14 (2), bilik nombor 15 (4), bilik nombor 16 (3), bilik nombor 17 (4) dan bilik nombor 18 (4).

Menurut Nicholas, rumah panjang itu terletak kira-kira 120 kilometer dari balai.

"Hasil pemantauan anggota bomba, tanah susur tersebut berisiko untuk runtuh lagi jika hujan turun tanpa henti.

"Struktur tanah di kawasan itu juga tidak stabil dengan runtuhan berlaku sekitar 60 kaki dan hanya 10 kali dari belakang rumah panjang terbabit.

"Justeru, penduduk diingatkan sentiasa berjaga-jaga dan segera meninggalkan lokasi berisiko jika keadaan menjadi tidak selamat atau berbahaya, terutama jika runtuhan baharu berlaku," ujar Nicholas.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 1.018842 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list