CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4971|Reply: 68

Penerbit Rugi Besar, Filem Pulau Diharamkan Di Terengganu

[Copy link]
Post time 17-2-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode
"Alasan mereka filem itu mengandungi adegan-adegan yang keterlaluan. Walhal, belum ada sesiapa lagi yang menonton filem itu," kata penerbit filem Pulau, Fred Chong mengenai keputusan kerajaan negeri Terengganu mengharamkan tayangan filem itu di negeri itu.


Fred dalam sidang media secara maya berkata, pengharaman filem yang akan ditayangkan di seluruh negara mulai 9 Mac ini memberi kesan besar buat mereka dan bimbang sekiranya ada negeri lain yang akan mengambil tindakan sama dibuat kerajaan negeri Terengganu.




Foto: Harian Metro




"Semalam Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) memaklumkan kerajaan negeri Terengganu mengharamkan penayangan filem Pulau di sana.


"Saya tak tahu selepas ini negeri mana pula yang akan mengikut langkah mereka. Saya rasa ini adalah langkah yang berbahaya kerana bermula dari tiga pawagam, mungkin boleh menjadi 30 atau 60 pawagam selepas ini. Bagi saya, ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.


Menurut Fred, surat itu dihantar kepada pihak pawagam TGV yang memiliki tiga pawagam utama di Terengganu.


"ihak TGV menerima surat daripada Majlis Perbandaran Kemaman pada 9 Februari supaya filem Pulau tidak ditayangkan di tiga pawagam itu di sana. Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu," katanya.


Ditanya mengenai tindakannya, Fred memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat rayuan dan mencadangkan supaya pihak terbabit menonton dan menilai terlebih dulu filem Pulau sebelum membuat keputusan.


"Saya sudah menghantar surat rayuan kepada kerajaan negeri Terengganu dan mencadangkan kepada mereka, untuk saya ke sana bersama wakil dari TGV serta Finas, dan menayangkan filem itu kepada mereka.


"Dari situ, mereka sendiri boleh menilai sama filem itu sesuai ditayangkan atau tidak kerana filem ini sudah mengikut prosedur penapisan yang sepatutnya.


"Sekiranya saya mendapat maklum balas daripada pihak sana, saya sanggup ke sana pada Isnin ini untuk menayangkan filem itu kepada mereka," katanya.


Berkongsi mengenai kesan daripada kontroversi yang melanda filem arahan Euho itu, Fred berkata, pihaknya berdepan dengan kerugian besar, lebih-lebih lagi apabila pihak penaja menarik balik tajaan mereka.


"Kos penghasilan filem ini mencecah hampir RM4 juta dan kami semua meletakkan sepenuh kerja keras kami dalam menghasilkannya. Jadi, apa yang berlaku memberi kesan kepada pihak kami terutamanya sebagai syarikat produksi. Malah, nak bayar kepada stesen radio supaya memainkan lagu OST Pulau pun, kami tak mampu.


"Kalau melihat semua rangka pemasaran untuk filem-filem saya yang terdahulu, kami memang memberikan pemasaran yang sangat mewah dari papan iklan sehinggalah malam gala yang lengkap dengan acara karpet merah.


"Namun, untuk Pulau takkan ada semua itu kerana penaja juga sudah menarik balik tajaan sebanyak RM500,000. Niat kami untuk membawa industri perfileman kita ke peringkat yang lebih tinggi kini musnah.


"Kepada netizen yang menulis komen kecaman dan memboikot, saya rayu anda semua supaya menonton filem ini terlebih dulu sebelum menilainya," katanya.


Sebelum kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pengharaman filem itu, Pulau dijangka bakal ditayangkan di 75 pawagam seluruh negara.


Terdahulu, filem lakonan Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Pui Yi dan ramai lagi itu terpalit kontroversi selepas treler yang ditayangkan di YouTube, memaparkan adegan-adegan panas yang tidak selari dengan budaya Malaysia. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Percayalah walau dibenar tayangskalipon ia akan flop. Cheap sgt trailer nya dan jalan cite filem berabad dah pakai dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 06:09 PM | Show all posts
DBP tak mau tegur ke, golongan macam ni ngan golongan kerajaan yang suka bagi statement penggunaan 'kerugian'?

rugi VS keuntungan lebih rendah VS keuntungan berkurangan , semua beri maksud beza..

dalam kes mamat ni, apa yang rugi nye kalau takat ganu je ban. market besar still kat belah west coast malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak ban bakalan flop jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 06:24 PM | Show all posts
Bertabahlah ya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah trailer pun tunjuk 18xx...lepas tu pelakon sendiri kata kalau tak suka, tak payah tengok...
Bila dah kena ban, nak memekak pula...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2023 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah we need to be firm
adengan tu xperlu pun
namun
syg sinematogrfi dh lawa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03: Dah trailer pun tunjuk 18xx... ...

Pelakon boleh ler cakap gitu,sebab duit dah dapat.
Penerbit baru berangan nak dapat macam sol aslam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.... Penerbit dan pengarah patut kaji market untuk filem macamana, bukan buat filen syok sendiri. Get a professional reviewer and do the research on public choice.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik bukan ke penfilem tegar lebih pentingkan anugerah perfileman barat ke

Terengganu market pun sayang bagaikan anak emas ke what am I missing here? Dah takde belittling pantai timur miskin mundur dan kotor?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya geng2 filem ni kata seni tu tanpa batasan even adegan 18sx pon seni yg mencabar kreativiti. Tapi tak ke menghasilkan karta dlm skop yg lebih sempit contohnya mcm kekangan budaya, agama dan politik tapi mampu menghasilkan filem atau karya seni yang box office itu lebih mencabar kreativiti daripada seni tanpa batasan atas alasan bebas berekspresi. Maksudnya cuba kita compare satu karya seni berjaya dihasilkn dgn pelbagai kekangan dari sorrounding dia manakala satu karya lagi with unlimited
resources and boundaries tapi kedua2 nya box office, rasanya mana satu karya yang lebih sukar bernilai?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sendiri jolok sarang tebuan, now nak menyesal kaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wrong move la amek amoi soft porn sorg tu. Ig sheols gambar bogel belaka. What to expect? Pastu trailer byk focus scene2 18sx, padahal perlukah untuk jalan cerita scene2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Film tu bakalan flop..

Tp bodo juga kerajaan acah2 Yislamik Trg..filem2 Hollywood/ China yg ada separuh bogel blh pulak tayang ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:19 PM | Show all posts
takyah tunggu rasa rugi besar pun kaka dah rasa dah flop dah dikkkk... jalan cerita cliche dengan dialogue yang sangat cringe... ulang2 la duk cerita pelakon utama ada sixth sense... kalau gitu senang dah nak tahu, pelakon utama tak mati, boleh nampak antu agittewww... dah soo yesteryears dah... filem ni ketinggalan 10 tahun ke depan untuk di tayangkan, kalau di tayangkan era 2014 ke bawah boleh lagi la meletop macam dukun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tak dapek nolong buat cite gini di zaman yislamik skg
patut buat time 80an 90an
[em:29:]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran. Lenkali jgn letak trailer mcmtu.. apapun jual je lah kt netflix
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Macamkan kalo tayang kat tranung boleh dapat 1 - 2 juta kutipang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms puiyi soft porn? Cehh minah ni siap dgn akaun onlyfans lagik. Income dia dkt onlyfans utk 2 taun is rm5 miliun. Korang mampu? Yg gemuk x yah pikir kah kah kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.100199 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list