CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2559|Reply: 18

Isyariana Tak Percaya Lelaki, Punca Tak Kahwin Sampai Sekarang, "Nak Yang Pendiam Dan Bukan Artis"

[Copy link]
Post time 17-2-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Isyariana sukar mempercayai lelaki dan disebabkan itu ia menjadi punca utama dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga dan masih membujang sehingga hari ini.


Pemilik nama penuh Isyariana Che Azmi, 33, itu berkata, kegusaran membelenggu dirinya itu juga disebabkan pernah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpecah-belah sebelum ini.


Foto: IG




“Saya takut hendak kahwin sebab susah nak percaya lelaki. Ada hubungan cinta sebelum ini terlerai begitu sahaja sebab saya ambil masa terlalu lama dan buat pasangan bosan.


“Mungkin pengalaman dibesarkan oleh ibu bapa bercerai menjadi salah satu sebab saya suka untuk letakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap lelaki,” katanya kepada Kosmo! Online.




  



Bekas bintang Akademi Fantasia 2016 itu bagaimanapun menpis dakwaan serik untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta kerana pernah dikecewakan bekas teman lelaki.


“Bukan serik untuk mempunyai sebarang hubungan istimewa bahkan saya tiada pengalaman dikecewakan pun.




  



“Cuma, mungkin saya sudah selesa dengan keadaan seperti sekarang ini namun tidak pernah menutup puntu hati untuk mengenali mana-mana lelaki.


“Biarlah Tuhan yang tentukan, doakan saya jumpa jodoh terbaik,” katanya lagi.


Mengulas lanjut, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu menjelaskan, dia sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan insan yang tepat kerana tidak sanggup berhadapan dengan episod perceraian.




  



“Saya percaya jodoh itu akan ada dan tidak menolaknya. Kalau memang Tuhan sudah tetapkan dia, mungkin hati saya akan lebih senang dan terbuka untuk menerima.


“Saya memang berdoa supaya tidak dipertemukan dengan seseorang yang bukan untuk saya.


“Kalau boleh saya tak mahu berhadapan dengan perceraian tetapi aturan hidup kita hanya Tuhan yng tahu,” ujarnya lagi.




  



Mengenai ciri-ciri lelaki idaman, dia mengimpikan seorang yang pendiam dan bukan daripada kalangan selebriti.


“Saya suka lelaki yang pendiam dan hanya bercakap perkara penting sahaja, biar saya yang banyak bercakap.


  



“Kalau boleh nak orang biasa sahaja dan elak individu yang bergelar selebriti,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengaku je la sis tu nippon
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 04:36 PM | Show all posts
who are yuusss??
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa dia ni??????
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
i suka tengok riak muka dia ni, nampak sweet aje. masa dia berlakon jadi adik ipar nana dalam drama satukan rasa dia pakai baju kurung je, comel tengok
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:08 PM | Show all posts
who are yusss...

kalau lesbo takpe jadi je andartu senior macam nasha aziz, lagi happy apa... lagi happy dari acik2 yang dah asalkan berlaki tu dikkkk...

bab2 libido tu boleh beli online jah sekarang ni dekat shopee... nak pelbagai saiz, warna, makhluk dan bentuk pun boleh... baru2 ni kaka check bentuk pentagon pun ada siap bluetooth... nak guna macam mana kena la beli dulu dan cuba baru tahu... buat tambah koleksi dalam almari kaca...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
She's so shomel
Selalu babak lakonan dia lalu lalang kat my tiktok
Not bad dia berlakon. Jauh lebih baik dari jah tibaiunta laki pak ostad pensyarah kanan kolej shop lot masuk angin keluar asap
Bersahaja & sejenis tak control cun tapi still nampak comel
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 12:42 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 18-2-2023 12:43 AM

Muka dia lawo cute sangat kalau maintain rambut sikat atas dahi tu. Sapa2 terlepas ketapi sila pergi layan sampai habes Tolong Sempurnakan Cerita Mami 2020.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2023 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Diam diam ubi berisi,diam diam besi berkarat,..ade dua kategori..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 18-2-2023 12:42 AM
Muka dia lawo cute sangat kalau maintain rambut sikat atas dahi tu. Sapa2 terlepas ketapi sila pergi ...

Dia mmg comel dr kecik, tp lama dah tak jumpa dia sejak mak ayah dia bercerai.Mak dia masa muda pun cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 03:15 AM | Show all posts
Nialips replied at 18-2-2023 01:07 AM
Dia mmg comel dr kecik, tp lama dah tak jumpa dia sejak mak ayah dia bercerai.Mak dia masa muda pu ...

tapi umo dah 33, nikmat comel tu da nak abes da kut. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 18-2-2023 03:15 AM
tapi umo dah 33, nikmat comel tu da nak abes da kut. hihihi

Dah 33 dia yerr, lama nya tak jumpa masa kenal dia dulu umur dlm 4-5 thn masa ni dia comel sgt,dia mmg ank tunggal emak dan ayah dia, lepas cerai ayah dia kahwin lain dia ada adik lain emak. Tp adik adik yg ni akak tak pernah jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-2-2023 04:23 PM
Mengaku je la sis tu nippon

Pnh dgr dia nippon..mana sis kurex tahu die nippon tp dia comel yah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni yg org cakap muka dia mcm Fattah Amin versi pompuan tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 08:46 PM | Show all posts
Mungkin jodoh kita. bak no tepon.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak la juga dah tua. Tapi still sweet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni lawa pakai tudung dari free hair
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Relax...
Cari jodoh xleh kelam kabut.

Kalau ada, adalah tu otw
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Whoareyussss

Apapun semoga berjodohan yg baik2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051448 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list